03 March, 2011

Errr.. Macaron lagi..

Finally…. Sampai juga CM Macarons ke tangan saya.

Tak sempat tunggu lunch hour, time tu jugak saya unwrap bungkusan. Aduh, banyak pulak lapisan nak koyak ni.. dengan kertas pembalut, kotak, bubble wrap lagi. Memang terpelihara kesucian macaron tu.

Sorry, the picture didn't do justice.  Cepat-cepat snap gambar dgn handphone lunch hour tadi, sebelum cleaner nampak.  Hihi.  Yang macaron warna cream tu, fillingnya perasa mocha. Hijau – chocolate ganache, merah – dulce de leche, purple – strawberry & hijau kuning - vanilla.  Bekas nampak tak penuh sebab 6 biji dah selamat dihadam

Gigitan pertama… ui, manisnya. Gigitan kedua, dah mula menikmati kesedapan macaron ni walaupun masih tak boleh tahan lagi rasa manisnya.

Macaron yang kedua, ketiga dan seterusnya dah immune dah rasa manis tu. Ngap, ngap dan ngap aje. Sedar-sedar, eh, 6 biji dah? Ye ke ni? Hehehe..

Verdict: macaron ni memang manis (dah nama pun manisan). Kalau bukan sweet tooth, mungkin bercinta juga nak habiskan sebiji macaron nih. Tapi.. ada tapinya, makin lama makan.. bila lidah dah serasi dengan rasa manis tu, makin sedap pulak mengunyah. Macaron tu rangup rasanya dan blend perfectly with its filling bila dalam mulut. Kalau nak sedap lagi, makan dengan black coffee atau teh jarang, kata Cik Min.

Sepanjang petang ni terpaksalah saya jeling-jeling je bekas macaron tu. Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang nanti terngap.  Tak boleh makan lagi sebab ngam-ngam je sebiji sorang each flavour untuk kami 4 beranak malam nanti.

3 comments:

Abu Ammar Muqry said...

Tak ngam² sebab Ibu dah bedal 1 kat opis... :p

me_czar said...

Hahaha.. ibu mestilah dapat lebih 1 biji each flavour.

Ada 20 biji lagi untuk malam ni. Kalau budak-budak tak boleh makan 5 biji tu, kita untungla dapat makan lebih. Hihihi

cikmin said...

Salam..

Alhamdulillah sampai jugak akhirnya ya..maaf lambat cikmin singgah kesini..semakin hari semakin sibuk..nanti dah lapang sket cikmin backlik kat entri ni di blog/page macarons cikmin oke..terima kasih ye kerana sudi membeli dengan cikmin..

Related Posts with Thumbnails