30 March, 2011

Lunatic flying cockroaches

Saya sangat takutkan lipas. Bukan geli, tapi takut.

Lagi-lagi lipas terbang. Eww..

Ini cerita dua malam lepas. Sedang saya jemur kain di luar ditemani anak-anak, saya dengar bunyi sesuatu. Dalam hati, ini mesti lipas terbang. On tidak, tepat sekali rupanya. Terus saya buat-buat berani ambil penyapu.

Nasib baik saya berjaya smash lipas tu masa dia sedang cuba nak terbang ke arah saya. Pengsan dia! Tak lama lepas tu datang lagi seekor berterbangan ke kawasan yang sama, iaitu siling di atas kepala saya.


Kenapa ‘lunatic flying cockroaches’? Sebab memang sangat agresif lipas-lipas tu berterbangan. Saya syak diaorang mesti nak mating. Seekor dah kecundang, tapi yang seekor tu masih berterbangan.

Sekarang lipas terbang tu terletak di antara kami 3 beranak dan pintu masuk rumah. Now, you tell me camne saya nak masuk rumah dan tutup pintu? Saya memang dah cuak kalau-kalau lipas tu terbang masuk rumah pulak.  Mr. Hubby tak ada, sebab tu saya sangat takut.


Bila tengok lipas tu hinggap kat dinding, saya cepat-cepat suruh anak-anak lari masuk rumah. Rupa-rupanya dia orang tak dengar cue saya. Saya dah sampai dalam rumah, anak-anak masih di luar dan menangis hysterically! Siap bertolak-tolak berebut nak masuk rumah. Kahkahkah.

Bila semua berjaya masuk, cepat-cepat saya tutup daun pintu kayu. Nak tahu apa yang kami bawa masuk rumah masa kelam-kabut tu? Saya bawa masuk penyapu luar (saya pun tak ingat saya tengah pegang penyapu) dan anak-anak masing-masing masih pakai sebelah selipar. Dah tak sempat nak bukak sebab takut sangat. Muqry siap tersungkur kat depan pintu. Kasihan anak-anak dapat ibu penakut. Tak pasal-pasal dioarang penakut sekali. Hahaha.

Bila dah masuk rumah, satu masalah pulak nak kunci pintu grill. Dari tingkap rumah, kami tengok lipas tu masih agresif berterbangan. Akhirnya dapat juga saya sembur racun serangga kat lipas tu dari celah-celah pintu.  Walaupun tak tepat sebab dari jauh je, pening jugak kot lipas tu sebab terus dia hilang. Mungkin dah jatuh agaknya.  Saya kunci pintu cepat-cepat dan terus masuk bilik tidur.  Tutup semua pintu.

Nuryn siap marahkan saya sebab tinggalkan dia dan lari masuk rumah dulu. Hahaha.

Ye, saya tahu saya jauh lebih besar dari lipas tu. Tapi nak buat macam mana, lipas boleh terbang dan saya tak boleh.

;p

9 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

pastu ajar anak pun jadi penakut..ee tak malu betul

Abu Ammar Muqry said...

(sedang gelak berdekah-dekah dalam hati) Setuju dgn Mama Amana/Arief

~ As ~ said...

bila dah trbang2 pastu hinggap kat muka, blh histeria..eeeiiiii

m-i-o said...

errrr. berdasarkan skala diagram tersebut - klo lipas tu sebesar kepala ko, aku pun takut.

kahkahkah :P

Zety Zin said...

eii lipas... memang sungguh membencikan! teringat masa lipas menyerang dalam kereta dulu. yuck!

me_czar said...

MAA :
Eh, kira berani apa. Sekor yang pertama tu selamba je kita lepuk ngan penyapu. Cuma yang kedua tu, ganas sangat la

AAM :
Well… apa nak buat, dah ibunya memang penggeli. Anak pulak lebih banyak masa dengan ibu, mengikut la

As :
Memang.. tak suka, tak suka! Dahla bau satu macam kan?

m-i-o :
Motif beb, motif... Memang aku nak suruh semua orang takut.

ZZ :
Eh, tapi kan.. lipas dalam kereta tu semua skala kecik aje kan.

Bermakna mereka tu anak lipas atau memang jenis lipas kecil? Pernah gak kena serangan dan letak perangkap gam dalam kereta. Semua yang melekat memang saiz mini gitula

Scorpio Girl said...

ha ha ha..yang takboleh tahan tgk ko grafikkan situasi tu...lipas besar nak amat..lagi satu, macam mana boleh tercicir anak2 kat luar?nasib trauma tak lama..ada sapa2 ngadu kat abahnya?:D

mirah said...

hahaha..
eh rupanya skrg tgh byk lipas kan. Kat rumah mirah pun sama, berlawan kami pukul lipas tu. Ada satu mlm tu, saya bunuh 2 ekor lipas, satu dgn spray satu dgn pukul dgn kertas je.

Lipas tu masuk ikut celah pintu rupanya, payah nak control mcm ni.

Abu Ammar Muqry said...

Abah mendengar anak-anak mengadu sambil tersengih, tapi membaca entri ini sambil berdekah. :p

Related Posts with Thumbnails