02 March, 2011

Oh Macarons

Sudah 3 kali courier guy (CG) call saya.  Susah sungguh rupanya dia nak sampai ke pejabat saya ni.

Pertama kali, dapat panggilan dari pejabat x.  Pemanggil tanya saya di department mana sebab ada courier.  Blur sekejap....  "Erm.. dari mana tadi?  Eh, Encik, saya bukan kerja kat situlah.. saya dekat bangunan Y, tingkat 11."

Kali kedua CG call lagi.  Katanya dah ada kat luar pejabat, di tingkat 11.  Bila saya keluar, tak ada sesiapa pun...  "Awak kat bangunan mana sebenarnya ni?".  Entah tak tahu sampai ke mana dia sesat.

Kali ketiga, CG call lagi, dia masih tak dapat figure out kat mana sebenarnya bangunan pejabat saya ni.  Ada seorang perempuan pula tolong  tanyakan lokasi sebenar bangunan.

Dan sekarang, saya masih menunggu Macarons yang saya idam-idamkan sejak seminggu lalu.  Semoga CG tak panas hati dan menghempas pulak bungkusan saya tu.  Harap-harap Macarons tu semua masih dalam keadaan baik.

Update: Dah jam 3.53 petang dan Macarons saya masih tak sampai-sampai. Aduh, tension!

4 comments:

hah said...

dah dpt ker macaron tuh? hehe.

me_czar said...

belum... ntah mana pulak dia pergi. Dahla nak lunch hour ni. Takut dia sampai waktu tak ada sesiapa kat ofc

Halen said...

macaron order dari cikmin ke?
sekarang ni macaron mmg tgh hot eh teringin jgk nk rasa nnt ni.

me_czar said...

Halen :

Ha ah, order ngan Cik Min.. Orderla sekali kalau teringin nak rasa. Memang mahal sikit sebab susah nak membuatnya. Tapi dah cuba baru tau camne rasanya, ye tak?

Related Posts with Thumbnails