14 April, 2011

lmao

Kadang-kadang perkara yang tak berapa lucu pun boleh buat kita ketawa macam nak pengsan.

Saya sangat sibuk beberapa minggu ni. Dah beberapa hari meeting bersambung-sambung dari pagi sampai ke petang. Keadaan agak tegang bagi saya.

Tapi baru sekejap tadi, saya ketawa yang betul-betul ketawa. Rasa kelakar sampaikan waktu menaip ni pun masih tersenyum-senyum.

Sebabnya, status FB DH ni.

“biskut Munchy’s cecah Moli panas”

tak boleh nak print screen cos FB kena block

MOLI?????  Hahahaha.

Kelakar ok, 3 kali baca pun masih ketawa.

Padahal bagi orang lain tak de lah kelakar pun. Biasala.. typo.

Cerita ketawa ni buat saya teringat cerita yang lebih kurang sama. Ketawa yang betul-betul ketawa.

Masa tu saya berpantang Muqry. Waktu pantangkan Muqry memang membuatkan saya tension. Antara sebabnya, saya ditahan 12 hari di wad sebab kena operate untuk perforated ulcer selepas 2 minggu Muqry lahir. Secara c-sect pulak tu. Tak boleh breastfeed, tak boleh dukung Muqry, etc.

Memang saya tension. Jadi bila sahabat baik saya sejak umur 13 tahun telefon, saya memang happy sangat. Ini perbualan kami masa tu… tengah bercerita tentang nama..

“nama anak dia samad bin ali. Samad je. Pendek betul. Macam nama ko lah, SU-HAI-LA je”. Saya kutuk manja dia.

“habis, yang nama ko tu panjang sangat lah ya?”

Hahahaha. Bila dia cakap macam tu saya baru perasan.. nama saya pun satu perkataan juga. 3 suku kata jugak macam nama dia. Tergelak besar kami. Itulah ketawa paling best semenjak saya dalam tempoh berpantang. Kegembiraan yang sebenar. Hilang semua keresahan dan tekanan saya.

Jadi berbalik kepada Moli tadi, thanks to my hubby sebab telah menceriakan hari saya yang tegang.

After all, laughter is the best medicine ;D

(source)
p/s : Laughing my as* out

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ekeke..kita bca statement ayile kat fb.. tapi kita cakap ne mesti typo "milo" senyum sorang2 jela...

ko tue yang dah lama tak gelak sbb tue menda kecik pun ko gelak besar

sbb tue ko letak nama anak2 panjang2 ek.. takde sapa leh kutuk nama nuryn & muqry pendek.hihi

Abu Ammar Muqry said...

orang tensi di pejabat dapat modal nak gelak... :p
nama anak kami panjang tapi pendek-pendek... :)

Related Posts with Thumbnails