01 April, 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

22 April 2011 hingga 1 Mei 2011.

Yeah, PBAKL datang lagi… walaupun tahun ni sedikit lambat, sebab tahun lepas pertengahan bulan Mac pesta buku ni dah berlangsung.

Saya sudah berkira-kira nak ambil cuti sehari, seperti tahun-tahun sebelumnya. Tak sabar rasanya mau cuci mata sorang-sorang cari buku.

Untuk saya, yang pasti buku karya Andrea Hirata. Buku Lasykar Pelangi yang saya beli tahun lepas, sangat sesuai dengan jiwa saya. Jadi tahun ni mahu tambah koleksi.

Juga mahu cari Bumi Cinta karya Habiburrahman El Shirazy. Selepas Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2, saya memang ternanti-nanti karya beliau.

Buku yang lain masih belum pasti, mungkin nak jenguk website PTS kalau ada buku-buku yang menarik. Btw, PTS nak beri banyak kupon diskaun. Jadi jangan lupa klik banner di atas tu kalau nak tahu lebih lanjut.

Untuk anak-anak pula, mahu cari buku Read Easy. Muqry sudah mula buku 6 Cepat Baca, jadi bila-bila masa sahaja akan mula buku 1 Read Easy pula. Selain tu, nak cari juga buku-buku cerita dengan suku-kata. Senang nak asah kemahiran membaca anak-anak. Tapi yang kelakarnya, bila saya bacakan buku dengan kaedah phonic ni, anak-anak pun tengok saya satu macam. Yelah dulu contohnya 'mata', di sebut ma-te. Sekarang kena sebut betul-betul ma-ta. Saya kena terangkan itulah bunyi yang sebenar. Dulu ibu salah sebut, jadi sekarang dah tahu, ibu nak sebut betul-betul.

Setakat ini, pelaburan terbaik saya buat di Pesta Buku masih kekal pada tahun 2009. Ada masa saya kongsikan.

4 comments:

hah said...

laskar pelangi, ayat2 cinta dan ketika cinta bertasbih 1 2...ada dlm koleksi hubby sy..tp sy x penah bacanya..huhu x minat nak baca novel lg.

soping sorg2 lg best kan..slmt menyoping buku.

Harun said...

andrea hirata is one of my favourite author ever...selepas laskar pelangi, anda harus membaca sang pemimpi, edensor dan terakhir maryamah karpov...

Khairi said...

Salam,

novel ayat2 cinta mmg best. InsyaAllah jumpa di pesta buku :) di gerai Jemari Seni.

Salam ziarah :)

me_czar said...

Hah :
Semua buku tu memang best. Cuma, kena curi masa nak baca. Dulu boleh habiskan 1 buku dalam masa singkat sebab baca dalam lrt otw pergi & balik ofc. Skang dah drive sendiri, tak de peluang. Banyak buku tersangkut tapi masih ada hati nak tambah koleksi.

Harun :
:) Kali ni mungkin nak beli sekali Dwilogi Padang Bulan yang baru terbit. Tapi entah bila baru boleh selesai. Mungkin, kena tetapkan KPI berapa lama sesebuah buku harus dibaca. Huhu.

Khairi :
Salam kembali. No further komen, memang terbaik.. boleh jatuh cinta sama Fahri.

Buku apa yang menarik dari Jemari Seni? Kongsilah dengan kami

Related Posts with Thumbnails