18 April, 2011

Splash Park, The Mines

2 minggu lepas, kami bawa anak-anak ke sini.  Terletak di Tingkat 5, Pusat Membeli-belah The Mines, Balakong.  


Play area

Playground area
 
Pool area

Another view of pool area
Excited!

Having fun!

Kepenatan, tertidur di Subway, while we're having lite lunch

Beroperasi setiap Selasa hingga Ahad, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.  Percuma tau.  Tempatnya boleh tahan, anak-anak memang seronok habis.  Cuma yang tak berapa bestnya, tempat tu tak berbumbung.  Kalau pergi tengahari buta, memang rentunglah.  Dari segi kemudahan, ada tandas disediakan kat kawasan tu.  Jadi tak ada masalah kalau nak bilas badan dan salin baju.  Ada juga tempat duduk untuk parent tapi, memang berjemur la jawabnya.

Disebabkan kami sampai sana pukul 11 pagi, jadi tak adalah panas sangat.  Kebetulan hari tu agak redup sikit, sejam setengah juga anak-anak berendam.  Kalau datang awal, masih tak berapa ramai lagi orang.  Lagi best.. kalau ngam-ngam pukul 10.

Apa lagi, siapa-siapa yang berhampiran, jomla kita serbu Splash Park ni.  Parking rate untuk hujung minggu, RM2.00.  Kalau pergi weekdays, cuma RM1.00 aje.


2 comments:

nn said...

eh. baru tau ada tempat macam ni dekat the mines. macam best je :)

mama aleen said...

macam best je..
tq for the info
:)

Related Posts with Thumbnails