10 May, 2011

Butter Golden Churn tidak halal

Sebagai menyebarkan maklumat yang saya perolehi melalui rangkaian emel sebentar tadi, Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor telah memaklumkan walaupun mendapat pengesahan halal dari NZ Islamic Processed Food Management "Golden Churn - Pure Creamery Butter" dikesan mengandungi DNA babi sehingga ada maklumat terbaru. 



Saya sendiri telah menelefon Jabatan Agama Johor (07 228 2943) dan bercakap dengan Puan M (lupa nak minta kebenaran beliau untuk siarkan nama) dan beliau mengesahkan maklumat tersebut.

Rujuk memo.

* saya rasa tarikh memo tu sepatutnya 18 April 2011 dan bukannya 18 Mei 2011*

1 comment:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tak pernah guna.. nasib..nasib

Related Posts with Thumbnails