16 June, 2011

Daftar Haji


Pic source

Sebaiknya dibuat secepat mungkin. Ini kerana… saya mendaftar Isnin lalu dan giliran menunaikan haji bersama Tabung Haji hanya pada 2039!

Sesiapa sahaja boleh mendaftar dengan syarat berikut:
  1. Pendeposit Tabung Haji (TH)
  2. Mempunyai baki simpanan tidak kurang dari RM1,300.00
Pendaftaran boleh dibuat di mana-mana cawangan Tabung Haji atau secara online di Pendaftaran Haji Secara Online (tapi sehingga ke hari ini, saya masih gagal mengakses laman tersebut. Mungkin akan datang sudah boleh diakses).

Kalau nak daftar di cawangan Tabung Haji, senang sahaja. Ambil nombor giliran untuk ‘Daftar Haji’ dan bawa buku akaun. Bila nombor dipanggil cuma serahkan buku akaun dan maklumkan pada petugas yang kita nak daftar haji. Tak perlu isi borang apa-apa.

Maklumat lain boleh di rujuk di sini.

Selamat mendaftar.

4 comments:

melin melinda said...

2039? Hmm...umur 60 thn baru leh menunaikan haji...lamanya nak tunggu giliran..ini macam kena daftar gak ni. Harap2 Allah panjang umur untuk menunaikan rukun Islam ke-5 ni..Insyaallah

me_czar said...

Itula.. lama kan...

Mudah-mudahan ada rezeki kita nak menjejakkan kaki ke sana

aboyandnick said...

Hari ni ada seorang Datin tanya kami soalan " kenapa dia masak ikan guna microwave ikan dia jadi keras?"... jadi mengikut sumber dan rujukan kami dapat menjawab soalan peminat kami ni dalam ruangan " soalan peminat" haha... untuk melihat jawapan sila buka:
http://dapurbujang-aboyandnick.blogspot.com/2011/06/persoalan-tentang-ikan-menjadi-keras.html
dont forget to follow us....
mari kita berkongsi....

hah said...

tq...hihi wlaupun cik abg pnah keje tbg haji pun selalu lupa daftarkan haji..hehe. So akhirnya bjaya daftar online je :) tqvm.

2039? leh tahan menunggu.. ada rezeki boleh je buat rayuan nak p thn bila.

Related Posts with Thumbnails