30 June, 2011

Kids @ work


Jumaat minggu lepas, saya terpaksa kerja lebih masa. DH pula ada temujanji yang perlu dipenuhi. Jadinya, penyelesaian terbaik buat masa tu, anak-anak dihantar kepada saya di pejabat.

Jam 8 malam anak-anak dah sampai di tingkat bawah. Terkejut ada, kelakar pun ada bila tengok Muqry dan Nuryn pakai baju melayu dan baju kurung.

"Nuryn yang pilih sendiri. Muqry ikut aje", DH jawab.

Agaknya istimewa sangat peluang dapat datang ke pejabat ibu. Hehe. Agaknya bagi Nuryn, kalau saya nak ke pejabat selalunya pakai baju kurung jadi, dia pun kena pakai baju sama.

Nasib baik tak mengacau, bolehla juga saya siapkan kerja. Mujur ada pensil warna, saya cuma print colouring sheet dari internet. Dapat juga anak-anak hilangkan bosan.
Published with Blogger-droid v1.7.2

No comments:

Related Posts with Thumbnails