08 June, 2011

Selepas 5 bulan bersama Little Caliphs Nur Iman

Alhamdulillah..


Anak ini, walaupun sering kali membuatkan saya bertukar menjadi monster mummy, dia juga yang seringkali mahu membaca tanpa disuruh. Walaupun ada kalanya terpaksa tinggalkan kain yang sedang saya lipat atau pinggan yang sedang saya basuh, demi anak tak apalah…

Lain pula anak lelaki, 360 darjah berbeza. Ulangkaji di rumah agak liat sedikit. Baru baca sikit, sudah keluar “eh”, “apa ni”, “tak tahu” dan macam-macam lagi. Tapi menganjak juga ke buku 7.

Selain di atas, selama 5 bulan ini di Little Caliphs, anak-anak sudah:-

a) Hafaz beberapa surah pendek dalam Juz Amma

b) Hafaz Surah Yaasin ayat 1 hingga 10

c) Hafaz bacaan dalam solat

d) Hafaz beberapa doa

e) Mengaji Iqraa’

Bagi anak lelaki, mereka juga dilatih menjadi imam ketika solat.

Mungkin ibu bapa boleh pertimbangkan Little Caliphs untuk tahun hadapan.

4 comments:

m-i-o said...

woi, garangnya suara ko! hahaha. aku rasa aku lagi prefer faridah ali ajar addmaths la. hahaha.

anyway, takleh tahan dengar sebutan "da-tuk" tu. baku, siot! baku! hahaha. aku tak reti mengajar bahasa melayu ni. aku asyik tergelak2. nak sebut "e-pal" pun asyik fail. kejap "e-pal" kejap "apple". hahaha.

congrats to nuryn! i'm proud to see her progress :P

Cikgu Abby said...

Alhamdulillah...dapat anak2 yang bijak...

Saya pun tgh dilema nak hantar sek tadika mana untuk humaira...

kat seri iskandar ni baru buka little caliph so,dah bkira2 nak hantar ke sini...

013-9269921 / 013-9160378 said...

Betul ke, baru 5 bulan belaja di Little Caliph dah pandai bunyikan suku kata. Anak saya dah sekolah hampir 2 thn (4-5 thn) tapi masih x pandai baca. Disekolah cikgu kata ada sesetengah pelajar x boleh ikut sistem bunyian so tukar kepada sistem ejaan..

me_czar said...

Betul cik. Seperti video yang saya rakam, itulah perkembangan anak saya di Little Caliph. Tapi keupayaan setiap anak-anak ni berbeza, ada yang cepat ada yang lambat

Related Posts with Thumbnails