05 July, 2011

Kejutan

Sebagai meraikan prestasi yang baik di sekolah, saya berikan kejutan pada anak-anak. Sebenarnya, bukanlah sesuatu yang tak pernah kami buat tapi anak-anak tetap teruja.

Selepas ambil Report Card di sekolah, saya minta DH hantar kami ke Mines. Apa lagi… ke Splash Park lah destinasinya.



Anak-anak memang seronok, kebetulan orang pun tak ramai. Cuma cuaca agak panas hari tu tapi air kolam tetap sejuk....

Selepas mandi saya bawa anak-anak ke Reject Shop pula. Mula-mula cuma nak window shopping aje, tapi bila nampak baju Ultraman ni, maunya Muqry tak merengek nak beli. Nuryn pun saya belikan sepasang dress. Masa ni anak-anak dah mula buat perangai. Penat agaknya.



Lagipun, masing-masing dah excited nak naik bot. Sebab tu tak mahu singgah mana-mana lagi.





source
 Ride ‘N’ Shop. Bayaran RM2.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak. Kami naik dari dalam The Mines dan DH jemput kat Jeti. Jadilah.. walaupun sekejap. Ada juga Cruise untuk jalan-jalan sekitar South Lake dan North Lake. Bayaran paling minima, RM22.00 dewasa kalau tak silap.

Cukuplah 3 kejutan hari tu untuk anak-anak sebagai hadiah peperiksaan.

2 comments:

lia said...

lia pon rajib beli baju ultraman lat reject shop mines ;p

me_czar said...

Merata cari sebelum ni. Tak tau lak kat situ ada. Kalau tak kebetulan masuk, memang sampai sudah tak jumpa baju Ultraman.

Hari tu ada jumpa kat pasar malam. Muqry paksa gak beli walaupun kecil saiznya. Huhu

Related Posts with Thumbnails