01 July, 2011

Report Card Day

Sabtu lepas saya, DH dan anak-anak ke The Little Caliph Nur Iman sempena Report Card Day. Sebenarnya peperiksaannya dibuat bulan April dulu tapi, Princple; Puan Waffa tak berapa sihat dalam trimester pertama kehamilannya, jadi ditangguhkan sehingga bulan Jun.

Muqry saja yang ambil exam.  Untuk kelas 4 tahun tak ada.  Alhamdulillah… markah keseluruhan 88.12%.


Nuryn, menurut Puan Waffa, nampak matang dari segi umurnya. Juga menunjukkan minat untuk berada di dalam kelas yang lebih formal. Sebab itulah dapat naik kelas.

Untuk periksa ni, saya tak paksa sangat Muqry ulangkaji sebab saya sendiri tak tahu macammana bentuk kertasnya.  DH pun cakap, tak perlu paksa dia untuk belajar, biar dia belajar sendiri.  Kita cuma perlu sentiasa ingatkan dan bagi galakkan.  Alhamdulillah, dalam pada nampak macam dia tak kisah nak membaca atau buat latihan di rumah, Muqry boleh buat dengan baik.  Berkat usaha guru-guru yang mengajarnya di sekolah. :-)

Akan datang peperiksaan akan diadakan bulan September.  Harap-harap Muqry dapat kekalkan prestasinya.





1 comment:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

bagus simpan kat blog buat kenagan..harap2 blog ne ada bila anak2 kita tahu membaca

Related Posts with Thumbnails