07 July, 2011

Tesco Virtual Supermarket

Tesco Homeplus membuka kedai runcit maya di stesen keretapi bawah tanah di Selatan Korea, di mana pengguna membeli-belah dengan mengimbas kod QR ke telefon pintar mereka


Melalui kempen yang direka oleh agensi pengiklanan Cheil cawangan Seoul, pasar raya Tesco Homeplus telah membuka kedai maya di sebuah stesen kereta api bawah tanah Korea Selatan, yang membenarkan pengguna untuk membeli-belah menggunakan telefon pintar mereka.

Billboard yang telah dipasang di stesen, direka untuk kelihatan seperti satu siri pasar raya dengan memaparkan imej dan harga pelbagai produk termasuk kod QR.

Pengguna hanya perlu mengimbas kod produk yang ingin dibeli, dan barangan tersebut akan dimasukkan ke dalam troli membeli-belah dalam talian mereka.  Selepas transaksi web selesai, produk akan dihantar ke rumah pengguna dalam masa sehari.

Dengan strategi ini, penumpang dapat menggunakan masa menunggu dengan produktif dan pada masa yang sama menjimatkan masa tanpa perlu ke pasar raya.

Pembeli menambah item ke dalam troli talian mereka dengan mengambil gambar kod QR

Makin lama, semuanya makin mudah.  Semuanya di hujung jari...  Teringat cerita Wall-E, bilamana semua penduduk Bumi yang dah berhijrah ke planet lain menjadi gemuk dan bertambah gemuk sebab tak perlu buat apa-apa lagi kerana bergantung kepada robot yang boleh buat apa saja untuk mereka

Terjemahan teks asal (dengan sedikit ubah suai) dari designboom.

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

apasal kita tak jumpa pun masa g sana??

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tak sempat ronda hehe

Related Posts with Thumbnails