16 July, 2011

A weekend without him

Terasa kosong....

Minggu ini kami cuma 3 beranak saja di rumah. DH ada ekspedisi berbasikal di Perak.

Malam tadi saya bermalam di rumah ayah-ibu di Serdang. Petang ini terasa nak balik rumah mertua dan bermalam di sana. Rupa-rupanya mereka bercuti di Melaka. Jadi malam ini saya di rumah saja. Bagus juga tak ke mana-mana. Harap boleh habis seterika sebakul baju.

Perancangan untuk esok masih samar-samar lagi. Terasa macam nak bawa anak-anak keluar, kasihan... terperuk aje di rumah.

Walaupun leka dengan kerja rumah, sesekali teringat juga pada DH. Bukan tak pernah kena tinggal begini tapi bila anak-anak asyik bertanya mana Abahnya, terasa juga ketiadaannya.

Kagum dengan isteri-isteri yang tinggal berjauhan dengan suami masing-masing. Bertabahlah ya.
Published with Blogger-droid v1.7.2

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

"bertabah" kiki..perkataan tue kelakar

me_czar said...

Hihihi. Tak pernah dgr ke? Mmg bukan perkataan yg betul. Tapi it being used. Saja guna sebab macam cumel.

Related Posts with Thumbnails