29 September, 2011

Happy belated birthday Nuryn

Genap sebulan, baru hari ni kami sambut birthday Nuryn dengan kawan-kawan di sekolah. Sebenarnya tiap-tiap bulan teachers adakan sambutan tapi sebab bulan Ogos bulan puasa kenalah combine dengan bulan ni (alamak.... saya hutang entry birthday Muqry bulan Julai hari tu).

Sepatutnya ada 13 murid yang diraikan tapi cuma ada 9 biji kek saja tadi. Jenuh juga tu nak habiskan semua kek tu nanti.

Pukul 8 lebih teacher Nuryn call untuk beritahu yang Nuryn nangis kat sekolah. Tunggu-tunggu saya tak sampai, agaknya Nuryn ingat saya tak datang. Saya dan DH join sekali birthday celebration ni. Dulu masa Muqry pun kami turut serta. Kami nak berkongsi kegembiraan dengan anak-anak. Potong kek dengan kawan-kawan tak sama rasanya kalau dengan keluarga. Lagi-lagi kalau ibu abah ada. Mesti anak-anak bangga kan?

Kek Nuryn tu saya tempah dari www.patbakery.com. Permintaan khas dari Nuryn yang nakkan kek gambar princess.
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Related Posts with Thumbnails