21 September, 2011

Jalan-jalan Zoo Negara

Kami sekeluarga bersama seorang anak saudara ke Zoo Negara cuti Hari Malaysia baru ni. Muqry yang request... dah lama tak pergi katanya. Tak banyak perubahan sejak kali terakhir saya ke sana kira-kira 2 tahun lepas.

Kali ni kami dapat tawaf satu zoo berpandukan peta yang dibeli dengan harga RM2 (sumbangan untuk haiwan katanya. Tapi kita boleh juga download dan print siap-siap dari internet). Sebelum balik, kami naik tram untuk pusing keliling zoo sekali lagi.

Bayaran masuk RM25 dewasa dan RM9 kanak-kanak. Itu termasuk Muzium Serangga. Kalau tak nak masuk sekali, kurang RM5 bayarannya. Tambang tram pun kira lain ya. RM3 dewasa dan RM2 kanak-kanak

p/s : hahaha, banyak gambar binatang aje rupanya kat phone saya. Gambar keluarga (dengan binatang) ada dalam kamera.




Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Related Posts with Thumbnails