23 September, 2011

Jiji

Dah beberapa bulan Jiji si kucing ni kami beri makan dan tempat tinggal. Asalnya dia hanyalah anak kucing terbiar yang tak cukup makan. Datang meleset-leset di kaki DH lalu dia bawa pulang.

Jiji bukan kucing kampung biasa sebab bulu dia agak panjang dan kembang. DH buatkan sangkar untuk Jiji. Jadi waktu siang Jiji dikurung dan setiap petang akan dimandikan sebelum dibenarkan tidur dalam rumah setiap hari. Tapi bila pintu sangkarnya rosak, kami lepaskan dia. Lagipun sebagai kucing jalanan, dia tak betah duduk dalam sangkar.

Selepas tu Jiji cuma duduk diluar. Kalau mandi, baru boleh masuk rumah. Itupun tak boleh bermalam. Tapi setiap kali saya atau suami balik kerja, Jiji akan meluru pergi ke kereta. Walapun kami masih jauh, dia dah tahu tuannya balik. Kalau buka pintu rumah, cepat-cepat dia lari pulang.

Kami sediakan makanan dan pasir tempat dia membuang di luar rumah. Memang selalu Jiji bawa balik tikus yang dia tangkap. Diletaknya depan pintu rumah untuk kami lihat. Bukan tikus aje, lipas malah burung pun pernah 2 kali dia tangkap. Makin hari Jiji makin besar dan gemuk.

Muqry suka sangat dengan Jiji. Walaupun dilarang, dia dokong, dia belai, dia peluk dan dia tidurkan atas riba.

Tapi baru-baru ni, jiran minta kami kurung semula Jiji sebab Jiji dah membuang di halaman rumah dia. Alahai Jiji, kenapalah buat macam tu. Bukan tak disediakan pasir. Entahlah, mungkin waktu tu belum dibersihkan tempat membuangnya.

Jadi sekarang Jiji diletakkan sementara di kilang tempat kerja DH. Nak dikurung semula, kasihan pula. Tapi ditinggalkan di situ pun lagi kasihan. Kami dah jatuh kasih dengan dia.

Apa nak buat agaknya dengan kucing ni? Ada pandangan yang boleh membantu?
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

muqry dah besarlaaaaaaaa

me_czar said...

Memang... Nuryn pun sama. Sekejap je masa berlalu

Related Posts with Thumbnails