24 September, 2011

Nasi goreng kerabu

Gara-gara 3 kuntum bunga kantan yang diberi mak long, gigih saya cari resepi nasi goreng kerabu ni. Ya lah... kalau beli, maunya RM2 sekuntum harganya sekarang. Tapi saya ubah suai ikut bahan yang ada.

Bahan-bahan dan cara-caranya (saya agak-agak aje untuk 2 orang makan):

1. Goreng telur hancur dan ikan bilis (goreng asing), ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih & cili api yang dihiris sampai naik bau.
3. Masukkan ayam dan tunggu seketika sebelum masukkan bunga kantan & kacang panjang yang dihiris.
4. Masukkan nasi. Siap! Hidang dan taburkan dengan telur dan ikan bilis goreng tadi.

Petua untuk dapatkan rasa masin yang sekata, gaulkan nasi sejuk yang nak digoreng tadi dengan garam secukupnya. Masa menumis boleh letakkan sedikit aje garam (sorry, saya baru tahu, jadi mahu kongsikan pada yang tak tahu macam saya. Hehe)

Untuk gantikan penggunaan serbuk perasa, boleh gunakan gula sedikit.
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Related Posts with Thumbnails