21 September, 2011

Saya patut menang Quran Digital Giveaway oleh MIO kerana....

Saya nak hadiahkan kepada si dia.  Dan dengan menghadiahkannya kepada dia, dah tentulah saya dapat sama-sama berkongsi kebaikannya.  Si dia sedang cuba menghafaz beberapa surah dalam AQ.  Dengan adanya Quran Digital yang boleh dibawa ke mana-mana ini, mudahlah dia untuk menyemak bacaannya terutamanya dari segi tajwid.
Selain daripada itu, dengan adanya terjemahan dalam Bahasa Melayu, mudah juga untuk dia(kami) mengetahui maksud ayat yang dibaca.  Bila faham, lebih terkesan dalam jiwa dan mudah-mudahan lebih mudah untuk dia menghafaznya.  Kalau dapat Quran Digital digital tu, itulah sokongan yang dapat saya beri dalam membantu dia menghafaz ayat-ayat suci tu.  Ataupun lebih tepat lagi…  sumbangan dan bantuan MIO lah yang saya panjangkan kepada dia.  Mudah-mudahan kita semua dapat manfaatnya.
Terima kasih kerana  sudi menyumbang AQ digital tu ya ;)

p/s : Si dia di atas, ialah En. Suami

No comments:

Related Posts with Thumbnails