26 September, 2011

Semoga berjaya

Bermula hari ini Muqry akan berjuang di medan peperiksaan. Walaupun periksa sekolah tadika je, tapi berdebar juga saya.

First assessment dulu saya tak berapa risau sangat tapi, bila dah tahu apa kelemahan Muqry, kalau tak dapat perbaiki kali ini, dah tentu rasa ralat.

Saya dah mulakan ulangkaji sejak minggu lepas. Tapi secara santai saja. Tak banyak masa sebelah malam untuk duduk dengan anak-anak ni. Satu lagi masalahnya, bukan senang nak suruh Muqry duduk diam walau 10 minit pun. Huhu. Ada tips tak, parents? Mudah-mudahan dia boleh ingat apa yang diajar bila tiba masanya nak menjawab nanti.

Semoga berjaya ya Muqry.
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

thn depan kita lak rasa mcm ne hehe

me_czar said...

Kena banyak sabar nak menunggu dia ulangkaji. Tapi anak perempuan lain.... senang sikit.

Related Posts with Thumbnails