26 October, 2011

Aktiviti Kami

SUKAN

Pagi tadi kami sekeluarga dan beberapa rakan menempah sebuah dewan. Buat apa agaknya, ya? Setelah berbelas tahun, pagi tadilah kali pertama saya memegang reket badminton. Fuh, nasib baik boleh bermain lagi. Nampak sangat selama ni cuma bersukan dengan batang penyapu dan mop sampaikan seluar sukan pun saya tak ada. Kasut sukan apatah lagi. Kali terakhir beli seluar sukan ialah pada tahun 2003 agaknya. Patutla dah lusuh. Huhu. Jadi pagi tadi pinjam seluar sukan suami dan kasut, er... sarung Crocs aje. Haha.

Dalam pada pukul bulu tangkis main-main dan gelak sana-sini (sebab isteri-isteri kawan lain pun dah lama tak main badminton) pasukan saya memang juga masa lawan beregu tadi. Oklah, kan?

Segar rasanya berpeluh dengan bersukan. Kalau buat kerja rumah, berpeluh juga tapi bila berpeluh sebab bersukan, rasa lebih sihat. Jantung bekerja lebih kuat, makin deraslah darah dipam.

Tapi, natijahnya main badminton secara tiba-tiba buat tangan saya lenguh semacam. Nak angkat takbir pun rasa berat sungguh. Tak tahulah esok pagi macam mana jadinya. Biasanya macam tu la, esok hari baru terasa penatnya badan.

7 JENIS

Lepas 3 jam main badminton, anak-anak dah bising sebab lapar. Er, ke Pizza Hut pula kami. Hahaha. Baru je lepas bakar kalori, tambah pulak lebih banyak. Bukan apa, saya teringin nak makan Ultimate Chessy 7 Pizza ni. Alah, yang ada 7 jenis keju tu. Patutnya nak pergi Ahad lepas, sempena birthday saya dan meraikan kejayaan anak-anak. Tapi Nuryn cepat sangat tidurnya.



Verdict : tak sedap mana pun. Sekali ni je lah beli pun.

Oklah, nak tidurkan Muqry dan Nuryn yang seharian tak tidur. Kasihan, diaorang pun sama penat.
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Related Posts with Thumbnails