01 October, 2011

Kain, kain & kain

Satu hari ni hidup saya dikelilingi kain baju berbakul-bakul.  Dari kain yang perlu dilipat sampailah yang perlu diiron. Nak ambil gambar pun tak sanggup. Huhu.

Sabtu lepas penuh dengan jemputan rumah terbuka, Ahad pulak ada tetamu sebelah pagi dan petang. Langsung tak sempat nak iron baju.  Sepanjang minggu lepas lak, Muqry kan exam. Jadi tiap malam saya teman dia ulangkaji aje sambil buat sikit-sikit kerja rumah.

Jadi, sementara tak ke mana-mana hari ni, kerjakan lah dulu kain-kain ni setakat yang termampu :)

Ibu bekerja macam ni lah kan, tiada istilah cuti. Bukan tak pernah cuba hantar baju ke dobi untuk diiron, pernah beberapa kali juga bila dah darurat sangat. Tapi hasilnya tak memuaskan hati. Jadi, lebih baik buat sendiri. 

Bila banyak kerja macam ni, buat aje diam-diam. Kalau merungut-rungut, tension, penat aje yang lebih nanti. Mudah-mudahan hati kita selalu diikhlaskan. Buat kerja lillahi ta'ala. Allah lah sebaik-baik Penolong.

Oklah, nak sambung kerja

Posted via Blogaway

No comments:

Related Posts with Thumbnails