28 October, 2011

Kenapa saya sedikit kesal dengan Upin & Ipin

Baru-baru ni anak-anak dah mula minat menonton Upin & Ipin. Kadang-kadang saya pun sama tertengok. Apa yang saya kesalkan sedikit tentang Upin & Ipin:

1. Kak Ros yang garang.

Kalau bercakap dengan U&I, kebanyakan masanya menengking/tinggi suara. Sampaikan anak-anak saya komplen. "Kak Ros ni, jahatlah.. asyik nak marah U&I je. U&I tanya elok-elok pun nak marah".



2. Kata ganti nama yang tak sesuai.

Puaslah saya nasihat anak-anak, kalau bercakap jangan gunakan ganti nama 'aku' dan 'kau'. Tak sopan. Tapi bila tengok U&I, anak-anak jadi keliru. "U&I tu budak kecik tapi kenapa dia cakap aku? Apalah... tak sopan kan ibu?"

3. Opah yang selalu membela U&I bila kak Ros marahkan mereka.

Kak Ros kan garang. Ada masanya bila Opah bela/sokong U&I, ada dialog dari U&I yang tunjukkan mereka tak hormatkan Kak Ros seperti "ha ha, Opah marah". Itupun contoh yang tak elok juga, kan?

Tak dinafikan memang ada nilai moral dalam setiap siri U&I, tapi 3 yang saya nyatakan di atas tu buat nilai tu cacat sedikit.

Maaf ya, ini sekadar pendapat peribadi saya kalau ada yang tersinggung. Peace.

Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Related Posts with Thumbnails