29 October, 2011

Main masak-masak



Hari ni terlebih rajin buat kuih ni; Apam Polkadot. Padahal ada 2 bakul baju nak dilipat. Pejam mata aje dulu. Baking pun terapi juga tau.

Bahan-bahan:

3 biji telur - dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
Filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa (saya pakai kaya)
Pewarna

Cara-cara:

1. Pukul telur, gula dan ovalette dengan mixer hingga kembang. Masukkan tepung yang diayak dengan baking powder, berselang seli dengan susu hingga habis.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.

3. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - setengah sahaja.

5. Letakkan filling secukupnya - nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan.

6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.

7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Resepi dari:
http://www.myresipi.com/top/detail/12857
Published with Blogger-droid v1.7.4

3 comments:

Risik resepi said...

betul 2..baking memang terapi..kite suke..:)

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih

me_czar said...

Terima kasih singgah ya.

Maafla, saya memang lambat sikit bab reply komen nih. Blog hop pun amat jaaarang sekali. Tapi saya pernah jenguk Risik Resepi, cuma tak tinggal jejak

Related Posts with Thumbnails