21 November, 2011

Anak-anak dan Solat



Peristiwa ini berlaku minggu lepas.

Sebelum tu saya ajak anak-anak tidur sebab dah memang terlepas waktu tidur mereka.  Tapi Muqry kata dia nak baca Al-Quran.  Ok, saya benarkan.  Muqry suruh saya tunjukkan surah-surah yang dia tahu.  Sebenarnya Muqry masih belum boleh membaca Al-Quran, dia cuma menghafaz sahaja.  Antaranya yang biasa saya dengar; Al-Fatihah, Yaasin 1 – 10, Al-Kauthar, Al-Kafirun, An-Nasr, Al-Masad, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas (Nota : Semuanya diajar di Little Caliphs Nur Iman).

Selepas baca Quran, dia kata nak solat pula.  Masa tu saya uzur, jadi dia kata dia nak jadi Imam dan Nuryn makmumnya.

Jadi, bersolat Isya’ berjemaah lah dua beradik tu.  Saya guide dari belakang, ingatkan step dan bacaannya. 

Nuryn pun macam tu juga.  Pernah sekali dia solat Zuhur sampai 2 kali sebabnya dia tak sabar nak tunggu waktu Asar untuk solat sekali lagi.  Jadi saya layankan aje.  Masa dia mintak ni lah, kita penuhi. 

Mudah-mudahan, anak-anak ni akan rajin bersolat sedari kecil.
Related Posts with Thumbnails