29 November, 2011

Ibu, Muqry nak tidur sendiri

Itulah permintaan Muqry.  Pertama kali dia cakap, pagi Ahad hari tu.  Sebabnya ada yang tanya dia tak nak baby ke?  Saya usik Muqry, cakap masih manja dengan ibu macam mana nak dapat baby.  Terus dia cakap nak tidur bilik sendiri.  Tapi malam tu tak berlaku pun.


Petang semalam, dia sebut lagi nak tidur sendiri.  Kat bilik bawah pulak tu.  Sebab bilik bawah tu ada meja belajar sekali.  Konon-kononnya bangun tidur dia boleh terus buat kerja. Hihi.


Lagi satu permintaan, dia nak Jiji (kucing kami) tidur sekali dengan dia.


Sampai rumah dari Big Bad Wolf Aftermath Sale, saya pun siapkan tempat tidur Muqry dan pasangkan lampu tidur sekali. Muqry kata dia nak buat kerja dulu.  Lepas masukkan Jiji, saya tutup pintu dan ke dapur.  Masa tu lampu bilik belum tutup lagi.  Bila saya nak naik atas, tengok Muqry dah tutup lampu sendiri.


Nuryn siap tanya saya, "betul ke abang nak tidur kat bawah ibu?"


"Adik rasa?".


"Adik rasa, mesti dia nangis".


Excited betul bila tengok Muqry tutup lampu sendiri.  Tak sangka berani pulak dia.  Tergelak-gelak saya dengan Hubby.


Tak lama lepas tu dengar Muqry naik atas.  Nak pergi toilet rupanya dia.  Ingatkan dah berubah fikiran.


Lepas buat apa yang patut, saya hantar Muqry turun bawah semula. Peluk cium dia, say good night, saya tinggalkan dia dengan lampu tidur terbuka dan pintu tertutup.


Dalam seminit, dia muncul kat bilik kami. Hahaha. Dia kata dia takut. Tak jadi nak tidur sendiri, malam nanti pun tak mahu cuba lagi.


Dah agak dah..... hihi.  Tapi keberanian dia mencuba walaupun tak sampai 2 minit, buat saya bangga juga.  Tak apalah, mungkin tahun depan cuba lagi ya.  Masih ada sebulan lagi...


Published with Blogger-droid v2.0.1

No comments:

Related Posts with Thumbnails