Ramai sungguh yang sampai ke blog ini gara-gara mencari maklumat tentang yuran tadika Little Caliphs. Sebenarnya saya segan nak share kat sini, takut niat saya disalah ertikan. Tapi bila memikirkan maklumat ni penting juga bagi ibu bapa sebagai persediaan untuk mendaftar anak-anak di tadika LC, saya share aje lah kat sini ya.
Bagi saya kalau tak nak terasa keluar duit banyak-banyak sedebuk macam tu untuk pendaftaran, bolehlah menabung dari awal. Untuk tahun persekolahan 2012 ni dah terlambat la pulak. Patutnya saya kongsi info ni di awal tahun dulu... huhu.
Tapi, bagi yuran bulanan, iaitu RM300.00 (RM180 + RM120) untuk sesi persekolahan + daycare adalah memadai dan berbaloi. Dulu saya pernah hantar ke nursery, RM230.00. Jadi tambah RM70.00 sahaja.
Kalau tak silap saya, yuran berbeza bagi setiap sekolah. Kerana The Little Caliphs Program (TLCP) ni bukan sistem franchise, pengusaha tadika cuma guna pakai TLCP ni di sekolah masing-masing. Menurut Puan Hajjah Sabariah Faridah; pengasas The Little Caliphs Program, setiap sekolah akan diaudit untuk melihat sejauh mana mereka menepati piawaian program. Kalau tak menepati, sekolah tersebut akan ditutup.
Sebelum ni saya pernah menulis tentang Little Caliphs, mungkin tak banyak tapi harap dapat dijadikan panduan.
Hari pertama persekolahan - Little Caliphs
Progress at Little Caliphs
The Little Caliphs Program: Techniques of Teaching Reading
Naik kelas
Selepas 5 bulan bersama Little Caliphs Nur Iman
Report Card Day
Istimewa
Sebenarnya banyak lagi acara yang tak saya rekodkan di blog ni. Di LC Nur Iman tempat Muqry & Nuryn belajar mereka juga ada School Trip, Sports Day dan Eid Celebration.
Semasa Eid Celebration, anak-anak yang berpuasa penuh atau melebihi 20 hari (kalau tak silap) diberikan hadiah. Anak-anak yang lain dapat juga saguhati sebagai menyuntik semangat mereka untuk belajar berpuasa.
Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari tadika untuk anak-anak, mungkin boleh masukkan tadika TLCP dalam senarai pilihan anda.
Boleh rujuk di sini untuk tadika-tadika yang mengguna pakai TLCP ----> http://littlecaliphs.com/cente.html


6 comments:
tak pernah dengar pun tentang menda ni. Thanks for the information.
Rasa mcm mahal jer. Tapi kalau hasilnya baik, rasanya memang berbaloi melabur untuk anak anak.
OKLA PRICENYE.. TADIKA AMANA YG BIASA TUE.. 700++ JUGAK..TADIKA BIASA JE
good one!!! sol nak masukkan syahmi ke LC tu hari tp sbb LC shah alam sume dh penuh dan hanya terima thn depan. tp syahmi kena pi school dh sept lepas kn so gigih cari merata sampai laa ke dzul iman.
alhamdulillah. ok jugak even xdpt masuk LC hehehe. dpt moto LC pon jadilah wakakaka tiba2 *xde kaitan*
sol mls nk sign in blogger.. ;p
oohh... ada juga tanya kat lc area sek 7 bangi... harganya rm390 seorang... adehh... parah juga tu sebab nak letak 2 orang...
Wantie :
So far, saya memang puas hati. Berapa tahun ni jer berkorban bayar lebih sikit. Harap-harap, anak-anak ada asas yang baik.
MAA :
Mahal jugak ya.... Puas hati tak?
Sol :
Tak kisah tadika mana-mana pun kan. Asal medium pengajaran bagus, hasilnya pun insyaAllah bagus.
Bibimie:
Itula, beza ikut centre. Mungkin ada extra class atau extra hours. Kat sini sampai 5.30 jer.
td br lepas call littlecaliphs kt bt caves. tp dier invite ke open day hr ahad ni untk tahu tentang yuran. bile tgk yuran kt blog ni rase lega la. sbb sblm ni survey tadika lsin almost 1500 untk register. monthly 230. so weekend ni nk g openday n register my syahmie untk next year. dulu ms lalu kt area shsh alam slalu terdetik, kalo la ade littlecaluphs dkt2 slayang, mesti hntr anak kt tsdika ni. so hrp2 hubby stuju untk hntr anak kt little caliphs ni.
Post a Comment