16 December, 2011

Penyembuh Santau


Sambil-sambil siapkan Muqry dan Nuryn pagi tadi, sempat juga saya curi-curi dengar program Tanyalah Ustaz kat TV9 tu.  Tapi maaf, saya tak tahu pun nama ustaz tu.  Mukanya biasa dilihat tapi namanya tak tahu.

Kebetulan ada pen dan kertas berhampiran, dapatlah saya catatkan info berguna ni.

Bagi menyembuhkan santau (dengan izin Allah) atau sebagai pendinding kepada santau,  boleh amalkan ayat ini:

Surah Al Furqan, ayat 23


Ustaz itu juga beritahu tanda-tanda sesorang yang mempunyai saka, beliau akan sering bermimpi perkara-perkara berikut:
  1. Meriba bayi atau menyusukan bayi
  2. Terjatuh dari tempat tinggi
  3. Maaf... tak dapat dengar
  4. Dikejar seseorang atau binatang
  5. Menerima pemberian dari seseorang
Sampai situ je yang saya dapat dengar.  Agak rugi juga tak dapat dengar kaedah merawat saka.  Yang pastinya, kaedah penyembuhan tentu gunakan qalam Allah juga.

Mudah-mudahan kita dapat amalkan ayat 23 Surah Al-Furqan tadi untuk melindungi kita dari dituju santau, dan selebihnya kepada Allahlah kita berserah.

3 comments:

littlehumblelynn said...

tq for sharing
smg dipanjang2kan pd sesiapa yang terbaca hdknya

lia said...

TQ kak...

saya ley bantu seseorg dgn kalam Allah nih...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

hari ne je kita baca 2 entry pasal santau..

Related Posts with Thumbnails