Followers

24 December, 2011

Makan sedap

 Khamis lepas, company ada buat makan-makan.  Company saya ni memang dah laaaaama tak buat lunch atau dinner kat hotel-hotel, semuanya hanya lunch di pejabat saja.  Baik sempena Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismas & year end.  Tapi saya rasa lebih selesa juga kalau buat kat pejabat.  Janji ditanggung halal.  Makanan pun sedap juga.



Mix vege & Roasted lamb with black pepper sauce

Garlic buttered grilled prawn, Roasted salmon with cream sauce, Aglio olio spaghetti & Nasi goreng


Roasted turkey

Nampak tak kotak-kotak hadiah kat bawah pokok tu?  Mula-mula kami ingat props aje.  Tapi rupanya memang hadiah dari big boss untuk setiap staff.  Bukan main berat, tak padan kecik.  Siap ada yang berangan-angan ada External Hard Disk dalam tu.  Nak tahu apa?  Sambung entry lain pula...

21 December, 2011

What is Hijab?

{source}

Mari kita memperbaiki diri....

17 December, 2011

Harapan


Ini lukisan Muqry.  Katanya, yang rambut ala afro tu Abah (ok, dia tak kata gitu).  Yang perut buncit tu ibu.  Sebab ada baby... (nasib baik).

Hmmm... belum rezeki kitalah, Muqry.  Allah ada rencana terbaik untuk kita ;). 

Published with Blogger-droid v2.0.2

16 December, 2011

Penyembuh Santau


Sambil-sambil siapkan Muqry dan Nuryn pagi tadi, sempat juga saya curi-curi dengar program Tanyalah Ustaz kat TV9 tu.  Tapi maaf, saya tak tahu pun nama ustaz tu.  Mukanya biasa dilihat tapi namanya tak tahu.

Kebetulan ada pen dan kertas berhampiran, dapatlah saya catatkan info berguna ni.

Bagi menyembuhkan santau (dengan izin Allah) atau sebagai pendinding kepada santau,  boleh amalkan ayat ini:

Surah Al Furqan, ayat 23


Ustaz itu juga beritahu tanda-tanda sesorang yang mempunyai saka, beliau akan sering bermimpi perkara-perkara berikut:
  1. Meriba bayi atau menyusukan bayi
  2. Terjatuh dari tempat tinggi
  3. Maaf... tak dapat dengar
  4. Dikejar seseorang atau binatang
  5. Menerima pemberian dari seseorang
Sampai situ je yang saya dapat dengar.  Agak rugi juga tak dapat dengar kaedah merawat saka.  Yang pastinya, kaedah penyembuhan tentu gunakan qalam Allah juga.

Mudah-mudahan kita dapat amalkan ayat 23 Surah Al-Furqan tadi untuk melindungi kita dari dituju santau, dan selebihnya kepada Allahlah kita berserah.

14 December, 2011

Assessment result

Sebelum terus terlupa, saya tinggalkan ia di sini buat tatapan di kemudian hari .  Kenangan terindah saya tahun ini ;-).
 
. 

 

Alhamdulillah.

Published with Blogger-droid v2.0.1
Related Posts with Thumbnails

Recent comments

Powered by Blogger Tutorials
 

Template by Maya