11 January, 2012

Ayam kampung


Ini antara aktiviti hujung minggu kami semenjak dua menjak ni.  Pergi melawat anak-anak ayam yang diternak Dear Hubby dan FIL.

Jangan main-main... ayam kampung kami minum air sirap..... Ok, acah aje. Tu air yang dah dicampur vitamin

Berbanding Muqry dan Nuryn, Nuryn lagi berani pegang anak-anak ayam ni.  Mula-mula terbang juga keberanian Nuryn sebab ada anak ayam yang patuk kaki dia tapi, bila dia tengok saya selamba aje pegang, baru dia berani.

Muqry lak, ambil masa lama sikit baru berani nak usik-usik anak ayam ni.

Pertama kali dalam hidup (kot?) saya pegang ayam hidup

Dalam masa lebih kurang 3 bulan lagi, ayam-ayam ni dah cukup matang untuk disembelih-goreng-ngap.  Kalau nak makan ayam kampung, cari saya ok.  Ada beberapa puluh ekor yang dah cukup matang untuk disembelih.  Harga istimewa menanti anda.

1 comment:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kita nak!!! nanti kita bagitau mak jugak!!

Related Posts with Thumbnails