04 January, 2012

Bermulanya 2012


Tentang sekolah

Semalam bermula kembali persekolahan Muqry & Nuryn.  Masih di sekolah lama walaupun Little Caliphs dah buka cawangan sangat hampir dengan rumah kami.  Susah kalau DH terpaksa balik lambat dan tak boleh jemput anak-anak.  Kalau setakat pukul 6, 6.30 petang mungkin tak apa.  Tapi kalau sampai pukul 7 nak tunggu di sekolah, kesian Muqry dan Nuryn.  Lebih kesian… poket ibu abah diaorang ni ha.  Jadinya, sekolah lama yang dekat dengan rumah Atok, adalah pilihan terbaik.  Hihi.



Seperti tahun lepas, tak ada masalah pun sewaktu hantar Muqry dan Nuryn ke sekolah.  Dah biasa sekolah kat sana setahun.  Saya pun tak tunggu lama.  Lepas minta tolong Teacher ambilkan gambar diaorang dalam kelas, saya pun balik.

Owh… Nuryn dah tak bawa botol susu ke sekolah.  Dia sendiri yang tak nak.  Tapi kat rumah masih minum susu dalam botol lagi.  Tak tahulah bila nak berhenti minum dalam botol.  Muqry dulu umur 3 tahun lebih dah tak mahu.  Padahal Nuryn ni lagilah, breastfed sampai umur 2 tahun 8 bulan.  Ntah apa yang sedap agaknya.  Huhu.

Lama sangat cuti sampai hari pun lupa

Grr.. terasa geram dengan diri sendiri.  Terlupa hari ni hari Rabu dan Muqry & Nuryn sepatutnya pakai baju sukan.  Ok, sebenarnya ingat juga hari ni Rabu tapi  tak ingat langsung pasal baju sukan tu.  Serius blur.  Pagi tadi sempat angkat-jemur kain & goreng nugget untuk sarapan anak-anak, jadinya bukan sebab kelam kabut pagi-pagi sampai terlupa.  Senang cerita, memang blur lah.  

Mana tak nya, dari Jumaat minggu lepas sampai semalam tak kerja.  Lama sangat cuti...

Kasihan Nuryn, dia tu cengeng sikit.  Tapi DH kata ada juga budak-budak yang tak pakai baju sukan.  Nasib baik...  Lagipun ada lagi kes ibu yang blur macam saya... ;p

Sorry ya Muqry & Nuryn, ibu memang betul-betul terlupalah.

7 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

pagi2 mmg blur..ingat diri sendiri je..haha

Tihara said...

cute nye..baju color kuning :)

me_czar said...

MAA : Tau tak pe. Hehe

Tihara : Memang ceria aje baju kuning. Tapi bila kotor, seksa pulak nak basuh. Kotoran susah hilang

Anonymous said...

hi, br jer nk masukkan ank kt LC ni utk sesi 2013. Fees utk LC ni standard ke atau ikut tempat? Sy br dpt List Yuran dr LC ni utk sesi 2013, almost RM970.00, monthly RM250(Tadika)+RM130 (Day Care)

me_czar said...

Ms. Anon, fees ikut tempat.

Kat LC anak-anak saya ni tahun sebelum ni RM300 sebulan untuk tadika + day care.

Tahun ni dah naik RM50 tapi masa operasi ditambah lagi setengah jam.

Yuran pendaftaran lebih kurang rasanya. boleh rujuk entry saya yang lain tentang LC

Anonymous said...

assalamualaikum. nak tanya, kalau cuti sekolah macamana? ada daycare tak?

me_czar said...

Wslm. Ada daycare waktu cuti sekolah bg yang ambil pakej daycare.

Related Posts with Thumbnails