09 January, 2012

Masterchef Junior

Masterchef Muqry in the house y'all.

Suatu malam sewaktu balik kerja.....

 

Terkejut Ibu diaorang tengok kecah-kecah kat ruang tamu ni.  DH kata sejak dari dalam kereta on the way balik dari sekolah, Muqry dah rancang menu dia.  Sampai rumah, dia sendiri yang ambil bahan-bahan tu.  Sebab biasa tengok saya buat kuih, dia tahulah mana nak cari.  Nuryn setia jadi pembantu.  Hehe.

Antara bahan-bahannya; tepung, air, margarine, garam, gula, kaya dan biskut. 


"Nak rasa sikit bang"


"Emm... sedaplah"

Kalau ikut Muqry, dia nak simpan dulu adunan tu dalam peti sejuk.  Katanya nak bagi keras sebab nak buat bulat-bulat.  Terus saya offer nak masakkan.  Elok benda tu boleh makan, jadi tak boleh pulak nanti.

Drum roll... mempersembahkan pancake caca marba tabur biskut ciptaan Muqry dengan dibantu oleh Nuryn.  Ala, macam lempeng... tapi manis dan berlemak sebab dia letak kaya dan margarine dalam bancuhan tu.  Sedang elok pulak rasa manis dan masin tu.  Pandai juga dia agak-agak.  Bila kita puji-puji sedap, terus Masterchef Muqry kemaruk nak buat kuih lain pulak.  Oh tidak... saya kata esok-esok pulak, makan yang ni sampai habis dulu. 



2 comments:

lia said...

wahhhh hebat anak bujang akak....

boleh la ajar acik yg keras bab masak ni kan he3

me_czar said...

Masak campak-campak bolehlah Aunty Lia. Itu nasib baik boleh makan, dia tak campur benda pelik-pelik.

Otak dia berjalan aje... Hari tu sibuk ngan Sains Comot. Dia tengok kat TVIQ, ballik rumah dia pun mulalah aktiviti. Memang comot...

Part tu yang maknya tak tahan. Huhu.

Related Posts with Thumbnails