10 January, 2012

Pendaftaran tahun 1

Kami dah mendaftarkan Muqry di sekolah rendah untuk sesi tahun depan.

Bagi Jabatan Pendidikan Selangor, pendaftaran untuk kemasukan ke tahun 1 boleh dibuat secara online. Selepas tu perlu buat perakuan permohonan di sekolah yang dipohon dalam masa 14 hari dari tarikh pendaftaran online.  Kalau ikutkan, anak-anak yang lahir tahun 2006 boleh mendaftar bulan Mac tahun lepas tapi kami terlepas tarikh tu.  Bila saya tanya pihak sekolah, mereka kata isi sahaja borang online tu dan boleh datang ke sekolah bila-bila masa.



Klik gambar untuk ke aplikasi pendaftaran online

DH dah buat pendaftaran online bulan November lepas tapi nak dijadikan cerita, dia tersalah letak slip pendaftaran tu.  Nak masuk balik website dan print slip lain, password pulak tak ingat.  Huhu.  Macam-macam.... (not good... jangan tiru ok)  Jadi, awal tahun hari tu kami maklumkan sekolah masalah kami dan pihak sekolah kata, tak jadi masalah.  Isi semula borang secara manual di sekolah dan bawa sekali semua dokumen yang diperlukan:
  1. Surat beranak anak dan salinan
  2. Kad pengenalan ibu bapa dan salinan
  3. Sijil nikah ibu bapa dan salinan
  4. Bil utiliti dan salinan (untuk pengesahan alamat)
  5. 2 keping sampul surat bersaiz 4" x 9" beralamat sendiri dan bersetem 60sen
Itu sahaja.  Sekarang cuma perlu tunggu jawapan dan pihak Jabatan Pelajaran sama ada permohonan berjaya atau tidak.





3 comments:

lia said...

haaaa TQ for da info.... wpon g 3tahun tp sy zero tang nih ;p

me_czar said...

Lia, kalau sekolah yang kita nak masukkan anak tu sekolah bagus & glamer, memang kena register cepat-cepat.

Takut tak cukup tempat, tak pasal dapat sekolah lain. Amsyar darjah 1 tahun 2015 ke? Tahun depan dah boleh mendaftar kalau macam tu.

Anonymous said...

Kalau dah budak tu mmg bijak, pi sekolah mana pun ape! Toksah dok risau sekolah mana pun!

Related Posts with Thumbnails