13 January, 2012

Wish list


2 malam lepas saya berbual-bual tentang banyak perkara dengan Muqry.  Rupanya dia perasan yang sepanjang tahun lepas, kami tak bercuti ke mana-mana pun.  Cuma ada sekali ke Melaka. 

“Abah asyik work aje”. 

Jadi, dia beritahu saya tempat/perkara yang dia teringin nak pergi/buat.

Pergi Taman Buaya
Dia kecewa sebab masa kami pergi zoo hari tu, dia tak nampak pun buaya.  Lepas tu dia teringat pulak Taman Buaya yang kami pergi masa kat Langkawi 2 tahun lepas.  Jadinya dia nak pergi tengok buaya lagi.  Setahu saya kat Melaka je lah yang paling hampir.

Pergi Taman Dinasour
Sebenarnya dia maksudkan Dinasour Land kat Genting tu.  Baru hari tu kami tengok video lama masa pergi sana tahun 2008.  Jadi dia macam nak pergi sekali lagi.

Naik bot yang jauh-jauh
Haha.  Ni sebenarnya kat Mines.  Kalau naik water taxi yang dari komuter Serdang ke Mines tu dah biasa.  Kali  ni dia nak naik bot yang keliling 2 buah tasik kat Mines tu.

Naik komuter pergi Mid Valley
Dah 2 kali kami pergi Mid Valley naik komuter.  Masa tu sebab nak celebrate birthday Uncle favourite Muqry dan kali kedua tu semata-mata sebab nak pergi MPH.  Muqry boleh kata camni “Muqry nak naik komuter pergi Mid Valley.  Muqry nak tengok jeee... .  Tak beli buku pun”.  Eheh, kalau nak beli pun ibu bagi Muqry.... apa sahaja asalkan bermanfaat.

Perlu saya rekodkan di sini supaya tak lupa.  Pagi semalam masa nak beritahu DH  boleh terlupa pasal permintaan ke 4 tu.  Bila tanya Muqry, dia boleh ingat semua 4 permintaan yang dia sebut malam tadi.  Tak susah pun untuk dipenuhi.  Apalah sangat yang dia minta.  Cuma antara mahu tunaikan atau tidak jer.  Masa boleh dicari kalau ada kesungguhan.  

Mungkin kami sangkakan dia masih kecil, tak ada perasaan/kemahuan lagi nak bercuti bersama Abah, Ibu & Adik.  Rupanya kami silap.  Memang, sekali sekala kena luangkan masa buat aktiviti baru bersama-sama sebagai satu keluarga.  Kalau rutin sama jer setiap kali cuti, kuranglah pendedahan untuk anak-anak.  Saya ambil luahan Muqry sebagai pengajaran untuk saya dalam mendidik anak dan mencorakkan keluarga kami.

Nampaknya cuti panjang bulan 2 nanti, dah boleh rancang percutian ke Melaka ;)

2 comments:

littlehumblelynn said...

salam;

bila anak dah pandai meminta,selagi x membebankan mmg selalunya ikutkan..demi anak2..sbb dah penat bekerja tetiap hari..duit yang ada pun bukan utk siapa2 --utk membesarkan mereka jugak

apapun family always prioritykan!!

me_czar said...

salam...

betul.. selagi boleh, cuba nak turutkan. Tapi selalu ingatkan anak-anak tak semua yang dia mintak tu, ibu boleh bagi.

Tapi mesti explain kat dia..

Related Posts with Thumbnails