23 March, 2012

Exam

Buat pertama kali, minggu ni Nuryn menduduki First Assessment. 4 hari semuanya.  Sama juga dengan Muqry.

Macam biasa, saya cuma buat ulangkaji santai sahaja.  Tahun ni Nuryn sebenarnya 5 tahun tapi, di tadika dia di dalam kelas 6 Years (Beginner) dan Muqry pula dalam kelas Advance.

Hari pertama exam, Nuryn beritahu saya yang dia buat papers untuk 6 tahun. Tapi sebab hari pertama cuma Kemahiran Bahasa dan English, tak ada masalah rasanya.

Masalah bermula keesokan hari. Pagi-pagi dia dah menangis, katanya dia takut nak exam Maths. Dia tak pandai sebab kena buat soalan 6 tahun. Puas saya pujuk, beritahu dia tak apa kalau tak tahu. Nuryn baru 5 tahun, kalau tak pandai tak perlu jawab.

Tahu apa dia jawab? Dia tak pandai tapi, dia nak dapat macam abang. 100%.

Memang saya gunakan kertas Muqry dulu untuk tunjukkan Nuryn contoh soalan. Bila dia nampak Muqry dapat markah penuh, dia pun nak dapat markah penuh juga. Tapi dalam masa yang sama dia takut dia tak pandai Maths silibus 6 tahun. Alahai Nuryn.... Sampai sekolah pun masih menangis lagi.

Malam tu Nuryn cerita, dia tak buat pun paper Maths. Ah, sudah... dia menangis-nangis tak nak buat ke? Malam tu saya tak buat ulangkaji pun, biarkan dia tidur awal.

Esok pagi, sebelum pergi sekolah dia menangis lagi. Sebab yang sama, takut nak buat Maths. Saya pujuk, nanti abah akan cakap kat teacher, bagi Nuryn kertas 5 years. Padahal pagi semalamnya, depan-depan dia DH cakap dengan teacher. 3 different teachers pulak tu.

Rupa-rupanya semalam tu Nuryn memang buat paper Maths. Cuma teacher dia pandai gunakan psychology, cakap kat Nuryn itu bukan exam, cuma latihan biasa je. Lega saya dengar.

Dari apa yang berlaku, saya nampak Nuryn cuba nak ikut Muqry. Dia tak mahu kurang dari Muqry. Ataupun mungkin dia cuba nak jadi perfect. Baru 5 tahun... tapi dah ada perasaan macam ni. Buat saya risau... adakah normal?

Ataupun adakan saya yang terlalu menekan, atau membanding-bandingkan? Rasanya tak pulak.

Mungkin sebab diaorang jarak umur tak jauh, sebab tu Nuryn nak compete ngan abang dia.


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

mmmm.. tak tau nak komen tapi nak citer hari ne amana bangun lambat..alasan dia "mama, amana tak leh tdo sbb smlm tgok citer hantu (kita pun tgok citer hantu tue-amokan pocong tv3) fadzli dengar . fadzli terus cakap "jangan nak tipu. papa nampak amana tdo nyenyak siap dengkur2!! kahkah..malas nak layan dua beranak ne.. alasan mcm2 je..

Related Posts with Thumbnails