22 March, 2012

Hiatus

Assalamualaikum.

I've been in hiatus mode (again).

Masa sangat-sangat tak menyebelahi saya.

Sampai rumah, dah malam.... gunakan masa yang ada untuk layan anak-anak. Kalau anak-anak dah tidur, ada banyak kerja lain yang menanti. Tak tergamak nak duduk depan laptop dan update blog.  Menaip dari phone adalah sangat tak convenient. Jari tak runcing, asyik tersalah tap huruf. Huhu.

Semalam, saya dah cuba mula menaip entry. Ada cerita tentang Nuryn. Tentang bagaimana dia mahu menjadi 'sempurna'. Tapi, I just couldn't.

The story have to wait. Tapi saya takut ia terpadam dari kotak memori saya.

Ketika menaip entri ini, saya masih di pejabat. Menunggu input dari bos sebelum saya dapat selesaikan kerja saya dan pulang. Kalau tak kerana itu, tentu masih bersawang lah blog ni.


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

hari ne anak2 makan jam 10mlm. sbb kita balik lambat. nak beli dah tak larat.kita&fadzli nak sampai umah cepat2..

Related Posts with Thumbnails