21 June, 2012

Anak-anak tidur berasingan

Muqry dan Nuryn masing-masing membaca sebelum tidur



Sudah beberapa bulan Muqry dan Nuryn tidur di bilik sendiri. Buat masa ni, masih berkongsi bilik. Tunggu si kecil lahir baru dapat tentukan anak-anak lelaki atau perempuan yang akan kuasai bilik yang lebih besar. 

Masih tak dikira berjaya sepenuhnya.  Sebab setiap malam, saya masih perlu menyelit tidur ditengah-tengah antara Muqry dan Nuryn di bilik mereka. Nanti bila mereka dah tidur, baru saya pindah bilik sendiri. Ataupun, eh... tiba-tiba dah ada 4 orang berhimpit-himpit atas satu katil dalam bilik kami.  

Tips (saya) untuk galakkan anak-anak tidur di bilik sendiri:

1. Beritahu anak lebih awal.

Beri masa pada anak untuk dia berpindah bilik. Macam kes kami, bilik siap dicat setahun yang lalu. Tapi kelengkapan bilik kami tambah sikit-sikit. Jadi anak-anak dah tahu, sebaik sahaja bilik lengkap, mereka akan mula tidur di bilik sendiri

2. Bilik yang selesa.

Kalau bilik ibu bapa ada penyaman udara, mereka mungkin dah terbiasa dengan kemudahan tu semasa tidur bersama kita.  Jadi, apa salahnya sediakan kemudahan yang sama pada bilik anak-anak.  Tapi perlu bijak dikawal penggunaannya. 

3. Penggunaan lampu tidur.

Perlu disediakan lampu tidur supaya kalau anak terjaga tengah malam, senang dia nak bangun cari pintu bilik. Tak perlu lampu tidur yang terang.  Saya cuma gunakan lampu garam yang cahayanya samar-samar tu.  Lagipun menurut kajian, lampu garam ni bertindak sebagai ionizer semulajadi yang dapat mengurangkan kesan-kesan radiasi {sumber}.  Tapi itu bukanlah sebab utama saya memilih lampu garam, lebih kepada cahayanya yang tak berapa terang tu.

4. Hiaskan bilik dengan kesukaan anak.

Selain daripada bekas mainan di satu sudut, saya sediakan satu rak buku di tepi katil.  Sebab anak-anak ni setiap malam mesti nak membaca dulu sebelum tidur.  Jadi, mana buku-buku yang mereka paling suka baca, saya letak dalam bilik.  Buku-buku lain, disusun dekat rak buku di ruang keluarga.  Sebelum ni saya biarkan anak-anak tampal 'wall sticker' pilihan mereka tapi bila dah nampak serabut, saya pujuk suruh bukak. Hehe. Mungkin patut ada satu sudut khas untuk tampal apa-apa je, termasuk hasil kerja mereka.

Rasanya itu sahaja yang saya praktikkan untuk Muqry dan Nuryn.  Bilik masih belum siap dihias sepenuhnya, masih ada lagi yang nak ditambah sikit-sikit.  Nanti kalau dah siap, saya kongsi di sini.

1 comment:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

dengar sini umh kita siap bulan 12. bulan 12 kita pindah

Related Posts with Thumbnails