31 July, 2012

Pindah

Taman perumahan tempat tinggal saya mengalami krisis air terburuk sepanjang 6 tahun saya menetap di situ.

Kalau tak salah, dari hari Sabtu air dah mula tak ada selama 24 jam. Sebelum tu, dalam seminggu atau lebih juga ada catuan air. Mulai waktu Isya' sehingga lepas Subuh, tak ada air. Kemuncaknya, pagi semalam air yang keluar dari tangki mulai kecil. Bagi rumah-rumah lain yang lebih ramai isi rumah, mungkin mereka dah kehabisan air tangki lebih awal.

6.30 petang semalam ketika saya sampai dari pejabat, air masih tak ada lagi. Ada kereta pacuan 4 roda dengan siren, membuat pengumuman meminta penduduk keluar rumah untuk mengambil air sumbangan kerajaan negeri Selangor. Tapi kebanyakan penduduk bising-bising juga sebab mereka tak ada bekas untuk menyimpan air.

Tapi saya tak ambil pun, tak ada bekas dan apalah kuderat saya nak angkat air jauh-jauh. En. Suami dah siap-siap tunggu dengan anak-anak kat rumah Ayah.



Memang rancangannya kalau masih tak ada air, kami tumpang tidur rumah Ayah. Mujur beli rumah dekat-dekat.

Kemas-kemas apa yang patut, termasuk baju-baju kotor sebakul ;p terus pecut ke rumah Ayah. Sedang elok azan Maghrib, saya pun sampai.

Tak tahulah kalau krisis air ni ada kaitan dengan propaganda politik. Saya pun tak mengikuti sangat isu krisis air, empangan Hulu Langat 2 dan sebagainya. Tapi kalau betul ada agenda tersembunyi, kami rakyat yang menjadi mangsa...
Published with Blogger-droid v2.0.6

5 comments:

lia said...

lia keje utk projek yg salurkan air mentah dr pahang - selangor...

klu x settle gak langat 2 tu, mau terowong nnt sangkut terperam dlm terowong jer hu3

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

rasanya kes tue

me_czar said...

Lia :
Itula kan, bila ada propaganda politik, camni lah jadinya

MAA :
Ntahla, kita pun rasa ada udang di sebalik mee

hah said...

owh tadak air ek. Nape cik abg x bising pun...air tangki cukup utk dia kot. Sib baik umah makayah dekat kan...klau tak bersusah payah gak le...dah pose2 ni.

Hah n 2 boys dah kat kg skang...2 org tu tumpang taska kat kg sebulan. Hari ni ari ke 7 adiknya lahir.

Selamat berpuasa ya..

me_czar said...

Hah, tahniah ya ;D

Patutnya awal bulan 8 kan due? Kiranya cepatlah ni.

Seronoklah Syahmi & Rakin. Ke Rakin cemburu ni Mama dah ada adik kecil.

Kalau tinggal sorang, tak masak, tak membasuh.. cukup kot air. Sebab tu cik abang ok je. Hehe.

Selamat berpantang. Tunggu entry terbaru hah

Related Posts with Thumbnails