30 July, 2012

Sudah, cukup sudah

* lagu kesukaan Muqry.

Lupakan episod kecewa saya tadi.

Hari ini masuk 26 minggu kehamilan.



Alhamdulillah, masih belum tinggal puasa. Si kecil dalam rahim ni pun, sangat aktif. Sampai asyik nak terkucil aje ibunya.

Setakat temujanji dengan doktor sakit puan lebih kurang seminggu lepas, semuanya dalam keadaan baik. Uri masih dikira di kedudukan agak rendah tapi, masih terlalu awal untuk dirisaukan. InsyaAllah kedudukannya masih boleh berubah. Doakan saya ya.

Kami 4 beranak sangat teruja nak tahu jantina anak/adik kali ni. Tapi si kecil masih mahu main sembunyi-sembunyi.

Tak kisah... ibu, abah, abang dan kakak masih boleh tunggu.

Mudah-mudahan saya dapat berpuasa penuh pada tahun ini.
Published with Blogger-droid v2.0.6

6 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

apa yg kecewa tueee.. ko tak add pun fb ayam kampung kat kita

lia said...

sama la kita, harap dapat puasa penuh thn ni ;)

me_czar said...

Kalau kita cerita ko pun mesti berangin. Rasa nak letak notis 24 jam.

Kita penah tag ko la kat wall ayam kampung tu. Mesti tak tgk notification ni.

me_czar said...

Mudah-mudahan....

mirah said...

Myza, tahniah baru tahu myza pregnant ni.
Jaga diri baik2 ya.. :)

me_czar said...

Mirah, terima kasih. Risau juga bila jarak lama ni. Harap2 dipermudahkan kali ni

Related Posts with Thumbnails