01 August, 2012

6 tahun

24 Julai lalu, genap umur Muqry 6 tahun. Seperti tahun lepas, kami menyambutnya di Little Caliph Nur Iman bersama-sama anak-anak yang lain sebelum Ramadhan tempoh hari. 


Kali ni Muqry minta kek dengan gambar dinosaur.  Itulah dino terbaik yang dapat saya google dari internet.


Saya tempah "steam moist choc cake" dari www.chocolateumie.blogspot.com

Sesiapa di kawasan Serdang, Balakong, Seri Kembangan, Bangi dan sekitarnya bolehlah cuba menempah dengan Pn. Umie. Sedap keknya.

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Related Posts with Thumbnails