05 September, 2012

Banjir kilat di Sri Serdang

Banjir terburuk berlaku sepanjang 28 tahun ayah-ibu saya menetap di sana.  Kalau ikut laporan di Harian Metro, banjir kilat terakhir berlaku 27 tahun yang lalu. Ada kesilapan dalam laporan tu. Taman Sri Serdang, fasa 3 berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Sri Serdang memang selalu banjir kalau hujan lebat tapi, semalam merupakan kejadian yang terburuk. Di SKSS, air naik sehingga paras dada. Rumah ayah yang tak pernah dinaiki air sebelum ini, bergenang sehingga ke paras buku lali. Memang banyak barang yang tak dapat diselamatkan. Mujur barangan elektrik tak mengalami kerosakan.

Saya sendiri mengharung air separas betis untuk ke rumah ayah kerana kereta terpaksa diletakkan jauh di kawasan lebih tinggi.

Pukul 9.30 malam pun air masih belum surut sedangkan hujan dah mula reda sejak jam 7 lagi.

Sampai pukul 1 pagi juga kami mengemas semalam. Mengemop apa yang patut, membongkar khazanah bawah katil yang habis basah.

Ketika ini kejiranan ini masih sibuk mengemas. Ada rumah yang jauh lebih teruk, tenggelam sehingga 4 kaki.

Tapi, hujan dah mula turun kembali....

Published with Blogger-droid v2.0.9

6 comments:

Anonymous said...

rumah ayah saudari di jalan berapa?... bukan apa skrg dalam proses beli rumah di sana... nak tau juga

Anonymous said...

Kenapa jadi begitu... Rasanya mesti sebab pembanguan atau construction di kawasan berdekatan yang menyebabkan banjir... Ia tidak akan jadi tiba2.. sebelum ni pun banayka kali hujan turun tanpa henti, tapi tak pluak banjir terus kawasan tuh... Yang I namapk, kat area terdekat situ ada construction nak buat petronas baru.... tak pasti itukah puncanya...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

nasib umh ayah cuma kat poarch je..alhamdulilah..

me_czar said...

Cik/En. Anon,

Kawasan yang paling teruk terjejas:
Sekolah Kebangsaan Sri Serdang
Jalan 18/45
Jalan 18/55
Jalan 18/55a
Jalan 18/56
Jalan 15/58

Kawasan lain:
Jalan 18/54
Jalan 18/57
Jalan 18/50
Jalan 18/51
Jalan 18/48

Mungkin ada beberapa maklumat yang kurang tepat.

Tak pasti kenapa boleh banjir seteruk itu. Ada yang kata mungkin sebab kerja-kerja pembinaan di beberapa kawasan berhampiran. Mungkin juga disebabkan perparitan dan sungai belakang SKSS tu tak diselenggara dengan baik... Tak pasti mana satu..

me_czar said...

*Jalan 18/58 bukan 15/58

Scorpio Girl said...

itulah, terkejut jugak bila nampak post mengenai banjir di serdang..seingat dulu, mmg "meriah" je kita kat sekolah bila hujan lebat je banjir tapi rasanya tidaklah sampai ke paras pinggang and melarat sampai ke area rumah parents Myza kan?hmm..apa2pun, alhamdulillah tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa..

Related Posts with Thumbnails