26 September, 2012

Discaj

Alhamdulillah, tengahari semalam dah boleh discaj dari hospital.

Selepas 24 jam di High Dependency Unit, saya dipindahkan ke 'general wad ginecology' untuk 24 jam lagi. Masa di wad biasa ni, saya dah dibenarkan berjalan untuk ke tandas. Kalau di HDU, nak buang air pun atas katil sahaja, dalam bekas khas. Punyalah bersusah payah..

Apa yang berlaku pada saya pagi Ahad tu didiagnosiskan sebagai 'Indeterminate Antepartum Haemorrhage'. Syukur sangat sebab bukan masalah uri atau baby. Saya cukup risau kalau terpaksa bersalin awal. Kalau terpaksa bersalin, kira 'preterm' lah baby. Lain pula cabarannya nanti.

Tapi disebabkan pendarahan ni, saya tak boleh tunggu sehingga 40 minggu untuk melahirkan. Samaada minggu 37 atau 38 dah perlu bersalin, bergantung pada check up minggu depan.

Doktor juga berikan mc sampai 5 Oktober ni. Mula-mula macam tak kisah kalau dapat mc sampai hujung minggu ni je. Kerja kat pejabat tu banyak terbengkalai. Tapi disebabkan satu kejadian semalam, dah tak rasa nak masuk pejabat. Sentap pulak dengan sms bos. Walaupun di wad, saya tetap maklumkan apa kerja yang kritikal dan follow up dengan klien tentang beberapa isu. Tapi bila orang tak tahu berbahasa ni, geram juga. Jadi, biarlah saya rehatkan diri betul-betul kat rumah dari tertekan kat pejabat.

Harap-harap tak ada pendarahan lagi dan boleh tunggu sehingga 38 minggu untuk bersalin. Dah pilih tarikh pun....
Published with Blogger-droid v2.0.9

4 comments:

chilun @ cik pau @ bibimie said...

myza, semoga sihat dan selamat sehingga melahirkan. moga Allah permudahkan urusan myza... amin.

me_czar said...

Terima kasih doakan saya...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

selama nie ko keja ok tp bila ko tak sihat tak boleh ke nak tolak ansur? dahla fikir je pasal baby.. tp itula cabaran ibu bekerja. benda2 mcm nie yg buat nak resign..jual nasi lemak.. ingat tak kita citer kat ko tue

Juan Rejab said...

Salam,
Semoga puan dan baby sihat.saya terbaca pasal article bondamama in ur blog.boleh share pengalaman disana?as i can see ur children pi little caliph.thanks
Juan
juanrejab@yahoo.com

Related Posts with Thumbnails