23 September, 2012

Pendarahan @ 33 w 4 d

Hampir jam 7 tadi, usai solat Subuh terasa sesuatu keluar dari bahagian bawah. Ingatkan cuma 'discharge' biasa ataupun 'urine'. Maklumlah, dah sarat ni kadang-kadang susah nak kawal pembuangan air kecil.
Bila ke tandas, terkejut sungguh bila yang keluar tadi tu darah rupanya. Terus telefon En. Suami yang berada di Hulu Langat. Sementara kemaskan beg pakaian saya dan 'baby', telefon pula ibu untuk ambil Muqry dan Nuryn. Kejutkan anak-anak sambil tunggu En. Suami dan ibu. Nuryn dh susah hati dan mula menangis. Lepas saya terangkan apa yang akan berlaku, baru dia tenang.
Lebih kurang 7.45 pagi En. Suami sampai. Muqry dan Nuryn ikut ibu ke Serdang sementara En. Suami hantar saya ke HUKM. Boleh pula beg hospital saya tersalah masuk kereta. Sehelai sepingganglah saya.
Sampai ke kecemasan O&G, kena buat CTG test tu lah. Saya tak berapa ingat sangat apa kata doktor tadi. Tapi lebih kurang beginilah:
1. Baby ok
2. Tak ada contraction
3. Uri pun ok tak jatuh
Adalah doktor cek bahagian bawah tadi guna speculum. Setakat ni 'unknow reason' katanya.
Jadi untuk pemerhatian, saya perlu dimasukkan ke HDU (High Dependency Unit - kalau tak silap) selama 24 jam. Kalau tak ada pendarahan lagi selepas 24 jam, akan ditukar ke wad biasa untuk pemerhatian lagi. Doakan saya tak ada apa-apa ya. Dah ambil suntikan pertama untuk matangkan paru-paru baby kalau-kalau perlu bersalin awal. Suntikan kedua 9.40 malam nanti.
Setakat sekarang ketika menaip ni, masih tak ada kontraksi, tak sakit perut dan baby masih sekali sekala menendang.

Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts with Thumbnails