19 October, 2012

Check up



Sedang tunggu giliran jumpa doktor ni. Cecah juga 70++kg untuk kehamilan kali ni. Huhu. Patutlah berat semacam je sekarang. Silap tak timbang sebelum mengandung hari tu. Jadi tak dapat nak tahu jumlah sebenar berat yang naik sepanjang tempoh ni. Kalau tak silap, masa 12 minggu berat 64kg. Haha. Jangan terperanjat, memang berat.

Hari Isnin saya dah mula kerja semula. Tapi minta bos balik awal. Selasa sampai semalam saya kerja pagi je. Ambil cuti separuh hari petang. Tak sanggup nak memandu balik dalam kesesakan melampau.

Kalau ikut kata doktor 2 minggu lepas, hari ni akan ditentukan bila tarikh untuk 'dipaksa' bersalin. Kita tunggu nanti apa keputusannya.

Tapi sekarang ni memang dah terasa baby dah turun. 'Mucus plug' pun ada juga kadang-kadang, 'braxton hicks contraction' dah selalu rasa. Mudah-mudahan dalam pada menunggu tarikh, baby sendiri nak keluar. Macam Muqry dulu, lagi 2 hari jadual untuk c-sect, dia dah nak keluar. Merasalah sakit nak bersalin dan sakit pembedahan juga.

Terkini:
Entry ni patutnya keluar tadi masa menunggu giliran. Tapi internet tak berapa baik, tak lepas pula. Dah sampai rumah semula pun sekarang.

Tadi prof dah cek jalan, masih belum terbuka walaupun dia pun boleh rasa dah ada contraction dekat perut. Jadi dia bagi seminggu lagi.

InsyaAllah sempat nak raya haji dulu.


Published with Blogger-droid v2.0.9

1 comment:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

mmmm.. anak buah kita fa nak kuarlah ;)

Related Posts with Thumbnails