10 October, 2012

PAC, HUKM

Semalam, dari pukul 3.30 petang hingga 8.30 malam saya di PAC, HUKM (Bahagian Kemasukan O & G). Sebabnya, berlaku pendarahan lagi. Saya pun tak pasti bila sebab masa di pejabat pukul 2.30 tu bila ke tandas, pantyliner dah penuh darah. Saya sendiri nampak darah merah menitik jadi memang pasti pendarahan macam pagi Ahad hari tu dan bukan sekadar 'bloody show'. Masih tak rasa sakit pun. Tapi lepas call Gynea saya dan dia nasihatkan ke hospital terus, saya menyerah diri ke HUKM. Dia siap cakap "we have to get the baby out kalau asyik bleeding je macam ni". Serius cuak dengar dia cakap macam tu. Dah bersedia ke?

Ramai pesakit di PAC semalam jadi saya kena tunggu dalam setengah jam juga. Ujian CTG yang pertama, degupan jantung baby agak laju dengan base line 170. Bila cek, suhu badan saya tinggi sikit, ada 'slight fever'. Memang saya rasa macam dehydrated sikit sebab dari 2.30 petang tak minum dan PAC tu macam panas sikit. Doktor cek jalan belum terbuka lagi. Lepas tu, guna speculum pulak lagi untuk cek punca pendarahan. Tak ada pulak fresh blood atau tanda-tanda pendarahan berulang.

Lepas tu kena buat scan pula. Placenta di kedudukan yang baik, masih intact. Berat baby dalam anggaran 2.6kg sahaja.

Disebabkan ada demam sikit, kena ambil PCM dan masuk 2 botol drip. Selepas tu buat CTG semula. Kali ni baru degupan jantung baby ok dengan baseline 150.

Disebabkan semuanya nampak baik dan tak berlaku lagi pendarahan, doktor putuskan untuk tunggu lagi. 19hb ni akan ada antenatal check up. Jadi, hari tu la akan ditentukan bila perlu bersalin. Tak apalah sekurang-kurangnya masa tu dah nak masuk 38 minggu.

Dapat mc sehingga Khamis tapi saya rasa macam nak ambil cuti terus. Baru 2 hari kerja.... Nak kata stress kat pejabat, tak pulak rasanya. Tak tahulah.... ujian buat saya.

Semoga Allah mudahkan saya bersalin nanti...
Published with Blogger-droid v2.0.9

5 comments:

hah said...

Baby x sabar nak keluar dah kot.. Better amik mc terus. Jgn byk pk sgt ya.. InsyAllah smua ok...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

Mtkla MC sampai bersalin mesti doc bag I punya

me_czar said...

Hah :
Baby belum nak keluar lagi nampaknya... Tunggu lagilah dengan doa supaya tak ada pendarahan lagi

MAA :
Dah mintak, tapi doc tak boleh bagi....

me_czar said...

Hah :
Baby belum nak keluar lagi nampaknya... Tunggu lagilah dengan doa supaya tak ada pendarahan lagi

MAA :
Dah mintak, tapi doc tak boleh bagi....

hah said...

InsyAllah.Baby nak rasa daging raya dulu...coz pasni baby boleh minum susu perasa daging jew :).

Doc biasanya boleh bagi mc sampai bersalin bila dah 38 weeks ke atas.

Related Posts with Thumbnails