24 October, 2012

What is Little Caliphs



Ada rasa bergetar dalam dada bila menonton klip ni.

Bersyukur Allah pertemukan saya dengan sekolah ini untuk pendidikan terbaik anak-anak.

Setiap anak-anak dikenal pasti potensi diri masing-masing.  Anak saya Nuryn misalnya, tahun lepas ketika berumur 4 tahun, sudah boleh membaca dengan baik.  Jadi, dia ditempatkan bersama anak-anak kelas 5 tahun supaya potensinya tidak terbantut.

Malah tahun ini, walaupun dipinjamkan di kelas 6 tahun, dia berjaya pula mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir bersama-sama anak-anak 6 tahun yang lain.

Muqry, sudah yakin untuk berbual dalam bahasa Inggeris walaupun masih banyak perlu diperbaiki.  Sebagai ibu bapa yang amat jarang menggunakan bahasa Inggeris di rumah, keyakinan Muqry untuk menggunakan bahasa asing di rumah, sangat membanggakan kami. 

Itulah usaha-usaha pendidik mereka di sekolah.  Dengan keterbatasan waktu sebagai ibu bekerja, saya amat terhutang budi dengan guru-guru ini.  Terima kasih untuk mereka dan semoga Allah memberkati dan merahmati usaha mereka.  


Lagi cerita tentang Little Caliphs berdasarkan pengalaman saya ---> kompilasi tentang Little Caliphs

Benda yang baik, perlu dikongsi bersama....

1 comment:

miezaniera said...

ALhamdulillah...tumpang bangga dgn pncapaian muqry..anak sy juga belajar di little caliph school..trnyata 4 thn dh boleh mmbaca dan solat..sgt trhutang budi dgn teacher2 di skolahnye..;)

Related Posts with Thumbnails