Followers

18 February, 2012

Karya muqry

rohiri(??)

hari jumaat dan selamat datang

ibu bapa dan anak anak majalah buku

lukis dan belajar sepanjang

hari dan membuat kerja sekolah

dan sekolah little kaliphs (caliphs) dua sekolah

dan sekolah nur iman akan pergi ke

pitrosyn (petrosains ;p) ada diyneso (dinosaur) t.rise (t-rex) ade (ada)

diyneso macam mcam (macam)


Karangan ni Muqry buat sendiri.  Masa tu Ibu saya yang jaga dia.  Ibu kata Muqry eja sendiri semua perkataan tu.  Bolehlah... percubaan yang baik.


Published with Blogger-droid v2.0.4

13 February, 2012

Riadah pagi minggu

Dah lama rasanya tak beriadah dan dah lama juga tak buat sesuatu yang baru, jadi pagi semalam kami sekeluarga ke Taman Bukit Jalil.  Tak jauh sangat dari rumah, kali terakhir ke sini dulu masa Nuryn belum 2 tahun rasanya.

Kami bawa basikal anak-anak sekali.  DH jogging, anak-anak berbasikal dan saya brisk walking aje. 


Senang aje nak ke sini kepada yang tinggal berhampiran, gunakan Lebuhraya Bukit Jalil menghala ke Bandar Kinrara, Puchong...  Akan jumpa Astro dulu sebelah kanan kemudian akan jumpa traffic light.  Taman Bukit Jalil ni pun sebelah kanan juga.  Saya ambil gambar ni betul-betul dekat simpang 3 yang ada traffic light tu. 





Laluan untuk jogging kat taman ni memang best, dikelilingi pokok-pokok yang rimbun.







Ada laluan yang mengelilingi tasik.  Juga laluan bertangga.



Tapi disebabkan anak-anak berbasikal, saya gunakan jalan utama aje.  Tak masuk ke laluan celah-celah pokok tu.  Tu DH tengah kejar Nuryn, jalan tu turun bukit dan Nuryn tak pandai nak kawal basikal dia.  Apalagi, meluncur laju ke bawah.  Yang Muqry pulak, bukan main suka dia turun bukit.  Saya yang terjerit-jerit nak suruh dia brek basikal, dia relax aje.




Kalau nak picnic pun boleh, ada banyak tempat duduk macam ni disediakan.  Tong sampah pun banyak.





Ada juga kolam dengan fountain dan ikan.  Masa kami datang ni ada beberapa pengunjung tengah bagi ikan keli dan talapia dalam kolam tu makan roti.  Tapi ikan-ikan tu macam tak heran je dengan roti tu.  Tak adalah berebut-rebut nak makan. 



Ha, ini yang budak-budak paling suka.  Ada beberapa set playground equipment macam ni kat sana.  Muqry dan Nuryn nak main yang ni je sebab slide dia yang tinggi tu.  

Ada juga disediakan tandas awam yang dikenakan bayaran 20sen.  Surau pun ada.  Saya nampak ada 2 buah surau.  Tapi sebuah surau yang agak tersorok sikit tu tak dijaga dengan baik.  Keadaan dalam surau tu kotor dengan daun-daun kering.  Ada saya ambil gambar, tapi lupa pula nak transfer.

Overall, oklah tempatnya.  Anak-anak pun seronok buat benda baru.  Mungkin aktiviti ni kami akan jadikan rutin.  Seronok juga dapat keluar peluh di persekitaran yang nyaman macam ni.

10 February, 2012

Nikmat kesihatan

Mood untuk berbelog datang dan pergi.  Biasanya, bila datang cuma sebentar dan bila pergi seakan tak mahu kembali.

Kesihatan saya tak begitu baik semalam.  Terkena keracunan makanan.  Sepanjang malam cuma dapat tidur-tidur ayam kerana berulang ke tandas untuk muntah dan 'c-b'.  Sepanjang siang cuma terbaring aje. Badan pun hangat sikit, macam nak demam pula. Makan pun tak lalu, buat apa pun tak larat.  Rasa kosong...

Itulah, bila nikmat sihat ditarik... banyak perkara terlepas, banyak benda tak boleh buat.

Alhamdulillah, hari ni saya dah sihat. Dah boleh bekerja macam biasa.  Saya nak gunakan nikmat kesihatan ni sebaiknya.

Salah satunya, menulis di blog ini!


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts with Thumbnails

Recent comments

Powered by Blogger Tutorials
 

Template by Maya