28 January, 2013

Tentang 2013

Sudah 3 bulan berlalu sejak saya catatkan kelahiran si kecil.

Banyak yang berlaku cuma saya belum ada rasa untuk mencatat. Lagi pula, menaip guna 'touch screen' telefon 3.7 inci ni amatlah menyukarkan.

Antaranya, Muqry sudah bersekolah darjah 1. Di sekolah yang sama saya menuntut ilmu 24 tahun lalu (sejak darjah 3). Malah di kelas yang sama ketika saya darjah 6.

Angan-angan saya, mahu sekokahkan dia di sekolah intergrasi. Tapi tak ada yang berdekatan.  Akan ada masalah logistik pula.

Alhamdulillah Muqry dapat menyesuaikan diri di sekolah dengan baik.

Kami cuma temankan di hari orientasi. Hari pertama persekolahan, dia sendirian.  Semuanya ok.

Setelah sebulan ni, tak ada masalah untuk Muqry bangun pagi.   Mudah-mudah selamanya begitu.

Cuma nak buat kerja sekolah ikut mood dia. Ada masanya balik saja dari sekolah, terus dia keluarkan buku. Ada masanya, saya yang perlu cek setiap buku dia.

Nuryn pula masih di Little Caliphs. Tahun ini, tahun ke 3 dia di sana.

Cerita tentang si kecil, kemudian ya.

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

Suka mata muqry

hah said...

bila balik sekolah..bleh dikatakn stiap ari syahmi tanya mana satu umah muqry? Selalu duk sebut2 nama kwn2 dia kat lc sri serdang..budak2 pun pandai rindu2an..:)

Related Posts with Thumbnails