29 April, 2013

6 bulan berlalu....

Bukan "today" tapi, Jumaat lepas
Jumaat lepas Nayra genap 6 bulan. Alhamdulillah… akhirnya kami berjaya menamatkan tempoh 6 bulan ini. Perjalanan selama 6 bulan yang agak sukar. Walaupun sudah ada pengalaman menyusukan Nuryn selama lebih 2 tahun sebelum ini, saya dapati perjalanan penyusuan susu ibu bersama Nayra lebih sukar. Sehingga pada suatu ketika, saya dapat membayangkan yang Nayra akan saya berikan susu formula sebelum cukup umurnya 6 bulan. Namun, Allah telah menetapkan rezeki untuk anak syurga ini, susu ibunya sehingga hari ini. 

Pernah suatu pagi, saya hampir menangis di depan pintu freezer, dengan 9 botol yang perlu saya bekalkan untuk Nayra ke taska, cuma tinggal sebotol susu beku sebagai stok. Kebanyakkan harinya memang saya perlu ambil stok beku untuk top-up sebab kuantiti susu yang saya bawa balik, selalu kurang dari susu yang Nayra minum di taska. Saya nekad, saya mesti ambil cuti kecemasan hari tu dan cuba kumpulkan semula stok seberapa banyak yang boleh. 

Macam mana saya dapat buat stok semula, kongsi kemudian ya.

1 comment:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

selagi anak tak lepas setahun mmg mencabar besarkan diorang.. ibu2 yg menyusukan baby mmg kuat semangat..

Related Posts with Thumbnails