30 May, 2013

Berdikari



Cuti sekolah kali ni memberikan pengalaman baru kepada Muqry.  Sebelum ni semasa di tadika, cuti sekolah pun kami hantar dia ke sekolah juga kerana kami ambil pakej daycare sekali.  Bila dah darjah 1 ni, sama ada tumpang di sekolah Nuryn atau rumah atuk Serdang.  Nak jadi cerita, cuti sekolah ni atuk dan nenek Serdang pergi bercuti pula.  Jadi kami beri pilihan sama ada dia ke sekolah Nuryn atau balik ke rumah atuk Langat.  Tak sangka pula Muqry pilih untuk dihantar ke Langat.  Saya beritahu dia, kalau di Langat, hujung minggu baru ibu dan abah dapat jemput.  Mula-mula dia macam teragak-agak tapi, akhirnya dia ok saja.

Beberapa kali juga saya telefon bertanya khabar.  Nampaknya Muqry ok dan yang paling penting dia ingat pesanan-pesanan saya.  Antaranya, lepas bangun tidur terus mandi.  Kalau kat rumah, bukan main liat nak mandi. Dan kebanyakan masa, ibu yang kena mandikan.  Sampai atuk Langat pun puji, "ada disiplin".  Mudah-mudahan berkekalan sikap macam tu.  

Sebenarnya saya sendiri yang tak yakin untuk lepaskan Muqry.  Risau dia tak pandai uruskan diri sendiri dan risau saya sendiri yang teringat-ingatkan dia.  Maklumlah… hati ibu.. dialah kawan gaduh, dialah yang paling manja walau keras hatinya.  Tapi Alhamdulillah, kami berjaya melalui setakat ini.  Dah besar anak saya rupanya.  Dah pandai berdikari dia…

No comments:

Related Posts with Thumbnails